Lori nyaris masuk ke dalam sungai

MIRI: Pemandu lori tangki minyak nyaris maut apabila kenderaan yang dipandunya hilang kawalan di sebuah jambatan di Jalan Bakam di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian sekitar jam 11 pagi, mangsa seorang lelaki tempatan berusia 50-an itu dipercayai dalam perjalanan dari arah Miri ke Bintulu sebelum hilang kawalan di selekoh.

Menurut sumber, mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka dan tangan kiri.

Mangsa berjaya dikeluarkan oleh orang awam di tempat kejadian sebelum dibawa ke hospital menggunakan ambulans.

Difahamkan, lori tersebut hampir terjunam masuk ke dalam sungai, namun tersekat pada penghadang paip.

Suara Sarawak