Lori simen selamat dari terbakar teruk
BETONG: Tindakan pantas sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong berjaya menyelamatkan sebuah lori simen daripada terbakar lebih teruk.
 
Difahamkan kejadian melibatkan sebuah lori 10 tan yang balik daripada menghantar bancuhan simen dekat Ulu Layar kira-kira 6:17 petang.
 
Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Betong Henry Jugah memberitahu, sebaik bomba tiba di lokasi (Simpang Layar) didapati keempat-empat tayar sebelah kiri sedang dimakan api.
 
“Pasukan kita terus bertindak memadam kebakaran tersebut… mujur bomba cepat sampai sebelum api merebak ke bahagian lain,” katanya di sini, hari ini.
 
Beliau mengesahkan kebakaran hanya memusnahkan 30 peratus daripada keseluruhan lori dan pemandu selamat.
 
Operasi tamat 7:13 petang.

Suara Sarawak