ARTIKEL

Lori tangki bawa minyak diesel terbakar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Sebuah lori tangki minyak diesel terbakar selepas dipercayai merempuh bahagian belakang sebuah lori trailer dalam satu kejadian di Jalan Pesisir Bintulu-Samalaju di sini, pagi tadi.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 5 Bintulu,Wan Kamarudin Wan Ahmad berkata, kejadian yang berlaku sekitar jam 9 pagi itu menyebabkan bahagian hadapan lori terbabit terbakar 40 peratus.

“Bomba dan Penyelamat Bintulu menerima panggilan kejadian ini pada jam 9.10 pagi sebelum mengarahkan sepasukan anggota ke lokasi. 

“Sebagai tindakan susulan, kita memadam kebakaran menggunakan air dari tangki jentera sehingga api berjaya dipadamkan sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, bomba turut melakukan pemantauan susulan bagi memastikan lokasi kejadian benar-benar selamat untuk dilalui kenderaan lain.

Setakat ini, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam insiden berkenaan dan punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.

Keadaan lori yang terbakar di Jalan Pesisir Bintulu-Samalaju di sini, pagi tadi

BERITA LAIN

Kepimpinan kerajaan bekerja keras majukan Sarawak

BINTULU: Para pemimpin Kerajaan Sarawak terus bekerja keras demi memajukan negeri ini. Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Seri Dr Stephen Rundi

Jambatan Bintulu-Jepak siap 82 peratus

BINTULU: Projek Jambatan Bintulu-Jepak telah mencapai 82 peratus siap dan kekal mengikut jadual untuk tarikh jangkaan siap, kata Timbalan Premier , Datuk Amar Douglas Uggah

Raikan tiga tarikh keramat

SARAWAK, merupakan negeri terbesar di Malaysia dan terletak di pulau Borneo, berkongsi sempadan dengan Sabah, Brunei, dan Indonesia. Sejarah Sarawak bermula jauh sebelum era penjajahan,

BERITA TERBARU

Anwar puji pengalaman luas Awang Bemee

KUALA LUMPUR: Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, yang dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara yang baharu, mempunyai pengalaman luas pada peringkat negeri dan persekutuan