ARTIKEL

HANGUS… Keadaan hadapan lori yang terbakar.

Lori terbakar di Jalan Lundu-Bau, pemandu sempat selamatkan diri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

LUNDU: Seorang pemandu lori sempat menyelamatkan diri selepas lori yang dipandunya tiba-tiba terbakar di Jalan Lundu-Bau di sini, pagi tadi.

Menurut Komander Operasi PBK I KUP Pathi Samsudin, insiden dipercayai berlaku sekitar jam 10.40 pagi itu mengakibatkan bahagian hadapan lori itu terbakar 40 peratus.

“Sejurus laporan diterima oleh Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu bergegas ke lokasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Pathi, kebakaran melibatkan sebuah lori 10 tan membawa muatan pasir.

Bagaimanapun katanya, pemandu lori berjaya keluar menyelamatkan diri, tiada melibatkan kecederaan mangsa dan kemalangan jiwa.

“Pihak bomba terus menjalankan operasi pemadaman menggunakan satu aliran salur bantu mula, sumber air dari pili bomba berhampiran untuk mengawal dan memadam kebakaran dari merebak.

“Kebakaran berjaya dikawal pada jam 11.13 pagi manakala kerja-kerja pembersihan dijalankan untuk memastikan tiada lagi punca-punca api di tempat kejadian.

“Keadaan terkawal dan api dipadam sepenuhnya pada jam 11.20 sementara punca kebakaran masih dalam siasatan,” jelasnya.

BERITA LAIN

Rumah musnah terbakar, penghuni selamat

MIRI: Sebuah rumah di Kampung Pa Umor, Bario milik Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala, musnah dalam insiden

Enam kereta terbakar akibat pembakaran terbuka

LIMBANG: Enam buah kereta di luar bengkel di Jalan Taman Desa Babahanan di sini musnah dalam satu kebakaran disebabkan pembakaran terbuka longgokan kayu berhampiran. Jurucakap

Saingan harga tiket penerbangan ke Sarawak

KUCHING: Pengumuman syarikat penerbangan milik Sarawak yang dijangka beroperasi pada tahun hadapan diharap dapat menurunkan harga tiket kepada anak Sarawak. Adun Tupong Fazzrudin Abdul Rahman

Saya tidak minta apa-apa – Wong Soon Koh

KUCHING: Bekas Presiden Parti Sarawak Bersatu (PSB), Datuk Seri Wong Soon Koh, tidak menuntut apa-apa jawatan dalam kabinet Kerajaan Sarawak sebagai syarat bagi pembubaran partinya

BERITA TERBARU

Rumah musnah terbakar, penghuni selamat

MIRI: Sebuah rumah di Kampung Pa Umor, Bario milik Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala, musnah dalam insiden

Enam kereta terbakar akibat pembakaran terbuka

LIMBANG: Enam buah kereta di luar bengkel di Jalan Taman Desa Babahanan di sini musnah dalam satu kebakaran disebabkan pembakaran terbuka longgokan kayu berhampiran. Jurucakap