ARTIKEL

Lori terbakar, pemandu sempat keluar selamatkan diri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BINTULU: Seorang pemandu lori sempat menyelamatkan diri selepas lori yang dipandunya tiba-tiba terbakar di Simpang Siam Jalan Bintulu Tatau, pagi tadi.

Insiden yang dipercayai berlaku kira-kira jam 8.40 pagi itu mengakibatkan bahagian hadapan lori itu terbakar 80 peratus.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam satu kenyataan berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tatau bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 8.48 pagi.

“Ketika kejadian, pemandu lori berjaya keluar menyelamatkan diri. Insiden ini tidak  melibatkan kecederaan mangsa dan kemalangan jiwa,” katanya.

Beliau berkata, bomba menjalankan operasi pemadaman menggunakan satu aliran salur bantu mula, sumber air tangki jentera untuk mengawal dan memadam kebakaran dari merebak. 

“Kebakaran berjaya dikawal pada jam 9.15 pagi,” katanya.

LAIN-LAIN BERITA

SEDAR mahu belajar daripada GPS untuk majukan Sabah

KUCHING: Parti Sedar Rakyat (SEDAR) bersedia untuk mengadakan rundingan kerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Presidennya, Datuk Othman Abdillah berkata, usaha itu bagi memastikan Sedar

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

BERITA TERBARU