ARTIKEL

Lori terbalik dalam kemalangan kendiri, pemandu tersepit dan cedera parah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LIMBANG: Pemandu lori cedera parah apabila lori yang dipandunya terlibat dalam kemalangan kendiri dan terbalik di Tempat Pemindahan Tanah Jalan Sibukang di sini, hari ini.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, pihaknya menerima panggilan berkenaan kejadian itu pada jam 2.22 petang.

“Setibanya di lokasi, mangsa, 54, tersepit di bahagian duduk pemandu dan masih dalam keadaan sedar.

“Pasukan bomba bertindak dengan membuat regangan di bahagian hadapan lori dengan menggunakan peralatan RTA untuk membuat laluan bagi kerja-kerja mengeluarkan mangsa,” menurutnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Anggota bomba membantu mengeluarkan mangsa, yang tersepit pada bahagian duduk pemandu, daripada lori tersebut.

Jelasnya, mangsa mengalami cedera parah dan diserahkan kepada pihak ambulans untuk tindakan dan rawatan.

Setelah memastikan keadaan selamat, pasukan bomba bertolak balik ke balai.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU