ARTIKEL

Anggota bomba melakukan pemantauan di lokasi kejadian. - BBP Bintangor

Lori terperangkap, air sungai naik mendadak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PAKAN: Paras air sungai yang tiba-tiba naik mengakibatkan sebuah lori balak ‘terperangkap’ di Jalan Ulu Entaih di sini, pagi tadi.

Insiden kira-kira jam 7.00 pagi itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa.

Ketua Balai Bomba Bintangor, Nicholas Belulin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.43 pagi sebelum mengarahkan sepasukan anggota ke lokasi untuk melakukan operasi bantuan.

“Ketika bomba sampai, kita mendapati hampir separuh badan kenderaan itu ditenggelami air, termasuk di bahagian pemandu dan belakang lori berkenaan.

“Bagaimanapun tiada mangsa di lokasi berkenaan,” menurutnya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebagai tindakan susulan ujarnya, bomba hanya melakukan pemantauan manakala jumlah kerugian masih dalam siasatan.

BERITA LAIN

RM35,000 untuk ganti paip graviti lama

PAKAN: Sejumlah RM35,000 telah diperuntukkan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Entaih bagi membeli dan menggantikan batang paip graviti lama sekolah tersebut untuk kegunaan seharian mereka.

BERITA TERBARU

RM35,000 untuk ganti paip graviti lama

PAKAN: Sejumlah RM35,000 telah diperuntukkan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Entaih bagi membeli dan menggantikan batang paip graviti lama sekolah tersebut untuk kegunaan seharian mereka.