ARTIKEL

JUARA... Barisan pemain LOY 69A (barisan hadapan) bersama hadiah, piala dan medal.

Loy 69 A juara futsal

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DEBAK: Pasukan Loy 69 A merangkul juara kejohanan Futsal Komuniti Saribas selepas berjaya menumpaskan Titan A (3-0) pada aksi akhir di gelanggang Riveria Pusat Sukan Debak, pada Ahad.

Aksi final kejohanan sempena program pembangunan Komuniti Sagu dan Nipah 2024 berlangsung sengit namun hasil penguasaan bola Loy 69 A menyaksikan pasukan itu berjaya mencetak dua jaringan pada babak pertama perlawanan.

RASMI… Razi (tengah) menendang bola sempena sombolik sepak mula kejohanan Futsal Komuniti Saribas sempena program pembangunan Komuniti Sagu dan Nipah di gelanggang Riveria Pusat Sukan Debak.

Kelekaan pertahanan Titan A di babak kedua akhirnya menjadi peluang buat Loy 69 A untuk menambah jaringan sekali gus meninggalkan lawan tiga jaringan sehingga tamat masa kedua.

Sementara tempat ketiga diungguli pasukan Haqi Bangsawan A diikuti tempat keempat oleh pasukan Loy 69 B.

KENANGAN… Razi (tengah barisan belakang) merakam gambar kenangan bersama pemain yang juga perserta kejohanan.

Juara membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM500 beserta piala dan juga medal.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti, merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas, Datuk Mohamad Razi Sitam.

Penganjur kejohanan merangkap Pengerusi Kelab Futsal Debak Frenz, Nazri Ahmad berkata, diharap kejohanan seumpama ini dapat dilaksanakan secara berterusan sebagai platform pembangunan sukan futsal di kawasan luar bandar khususnya N35 Saribas.

“Hasil pemantauan kita pada kejohanan kali ini banyak menampilkan pemain-pemain muda berpotensi dalam sukan futsal di N35 Saribas.

“Sudah tentu kita mengharapkan agar kemenjadian pemain-pemain di sini khususnya pemain belia dapat mengekal serta meningkatkan prestasi mereka demi memajukan sukan futsal di Debak ke prestasi yang lebih tinggi,” katanya kepada Arena Suara Sarawak.

Kejohanan menyaksikan sebanyak 24 pasukan dari kawasan N35 Saribas turun berentap, dengan majoriti pemain terdiri daripada belia berusia lingkungan 14 hingga 30 tahun.

Ia merupakan perlawanan julung kali diadakan oleh Craun Research Sdn Bhd dengan kerjasama Pejabat Daerah Kecil Debak, Kelab Futsal Debak Frenz dan Saberkas Saribas (Biro Sukan).

BERITA LAIN

PMNS komited perkasa pembangunan sukan Muaythai

BINTULU: Persatuan Muaythai Negeri Sarawak (PMNS) komited memperkasa pembangunan sukan Muaythai di negeri ini. Usaha ke arah itu tampak jelas apabila badan induk berkenaan menganjurkan

Misi Kuching City FC cari kemenangan pertama

KUCHING: Pengurus Kuching City FC, Irwanshah Mohamad menegaskan, tiga mata tetap menjadi buruan pasukannya pada perlawanan menentang Sabah FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu malam

BERITA TERBARU