ARTIKEL

Lori yang dikesan membawa muatan berlebihan sehingga mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya, serta merosakkan sebuah lampu isyarat.

LPKP Sarawak kemas kini garis panduan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak sedang menyemak dan mengemas kini dasar serta garis panduannya bagi membolehkan tindakan yang lebih tegas dikenakan terhadap pemegang lesen kenderaan perdagangan yang ingkar.

Pengerusi LPKP Sarawak, Michael Kong Feng Nian berkata perbincangan dalaman sedang dijalankan dan pihaknya juga bekerjasama dengan LPKP Sabah untuk menyegerakan garis panduan bagi keberkesanan yang lebih tinggi.

“Demi keselamatan awam, saya menggesa semua orang ramai melaporkan sebarang kesalahan berkaitan kenderaan perdagangan kepada LPKP Sarawak melalui talian ‘hotline’ kami di WhatsApp di 011-24252754 atau melalui e-mel JPJ di aduantrafik.sarawak@jpj.gov.my.

“Bersama-sama kita boleh menegakkan piawaian keselamatan jalan raya dan mengenakan tindakan terhadap mereka yang mengabaikannya,” menurutnya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, beliau berkata sesi dialog dengan persatuan lori di Sarawak baru-baru ini telah mencapai satu kejayaan besar kerana semua persatuan yang mengambil bahagian sebulat suara bersetuju untuk mengelak daripada membawa muatan berlebihan.

Michael berkata, komitmen kolektif itu menekankan dedikasi mereka untuk memastikan keselamatan jalan raya dan pematuhan peraturan.

Bagaimanapun, katanya, di sebalik perkembangan positif itu, satu insiden membimbangkan telah berlaku apabila sebuah lori dikesan membawa muatan yang tidak disusun dengan baik dan mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya.

Selain itu, katanya, ketinggian muatan itu turut menyebabkan kerosakan pada sebuah lampu isyarat.

Justeru, sebagai tindak balas, Michael berkata beliau telah mengarahkan pejabatnya untuk menjalankan siasatan menyeluruh terhadap latar belakang syarikat yang bertanggungjawab terhadap lori terbabit.

“Penemuan awal menunjukkan syarikat tersebut tidak ada kaitan dengan mana-mana persatuan lori yang kami libatkan semasa sesi dialog di Miri minggu lepas.

“Kami telah segera melaporkan perkara itu kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang akan mengambil tindakan penguatkuasaan yang perlu terhadap syarikat terbabit,” katanya.

BERITA LAIN

Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan STEM

KUCHING: Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) pada usia muda. Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri

BERITA TERBARU

Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan STEM

KUCHING: Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) pada usia muda. Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri