ARTIKEL

SIMBOLIK… Rohani (tiga kiri) menyempurnakan simbolik perasmian program. (Foto oleh Ramidi Subari)

LPPKN sasar 30,000 wanita di Sarawak jalani ujian saringan HPV

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) menyasarkan sebanyak 30,000 wanita di Sarawak menjalani ujian saringan virus papiloma manusia (HPV) tahun ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata tahun lalu seramai 15,000 wanita di negeri ini telah menjalani saringan tersebut dan pihaknya mahu jumlah itu meningkat tahun ini.

Justeru katanya, LPPKN komited untuk memperluaskan capaian program saringan kanser serviks terutama di kawasan pedalaman di negeri ini.

“Perkara tersebut penting untuk pengesanan awal kerana, berdasarkan Laporan Pendaftaran Kanser Kebangsaan 2012 hingga 2016, Sarawak mencatatkan kadar insiden kanser serviks tertinggi iaitu 9.6 kes bagi setiap 100,000 orang wanita setiap tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena perasmian Program KASIH KPWKM: Gempur Saringan HPV DNA 2024 di Bangunan Sultan Iskandar, di sini, hari ini.

Tambahnya, sejak program tersebut mula dianjurkan dari 2019 hingga 2023 seramai 23,744 wanita di negeri ini telah menjalani ujian HPV DNA.

Dalam pada itu, beliau juga menyeru golongan wanita di Sarawak untuk tampil mendapatkan perkhidmatan ujian HPV DNA menerusi program atau Klinik Nur Sejahtera secara percuma.

“Di Sarawak, terdapat tiga cawangan klinik tersebut iaitu di Miri, Sibu dan Kuching,” ujarnya.

Hadir sama, Ketua Pengarah LPPKN Abdul Shukur Abdullah; Setiausaha Persekutuan Sarawak Datuk Ahmad Nadzri Mohd Hassan; serta wakil yang lain.

BERUCAP… Rohani berucap sempena perasmian Program KASIH KPWKM: Gempur Saringan HPV DNA 2024 di Bangunan Sultan Iskandar, di sini, hari ini. (Foto oleh Ramidi Subari)
RAKAMAN KENANGAN… Rohani merakam gambar kenangan bersama-sama tetamu kehormat dan para peserta program. (Foto oleh Ramidi Subari)

BERITA LAIN

Optimum infrastruktur kuasa hidro negara

KUCHING: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berminat untuk bekerjasama dengan Sarawak Energy Berhad, Persatuan Tenaga Hidro Antarabangsa (IHA) dan Perikatan Boleh Diperbaharui Global

Buaya tersangkut pada mata kail di Sebuyau

SEBUYAU: Disangka ikan besar, rupa-rupanya buaya tersangkut pada mata kail yang dipasang penduduk di sungai Kampung Nat di sini, hari ini. Komander Operasi PBKII KUP

BERITA TERBARU

Optimum infrastruktur kuasa hidro negara

KUCHING: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berminat untuk bekerjasama dengan Sarawak Energy Berhad, Persatuan Tenaga Hidro Antarabangsa (IHA) dan Perikatan Boleh Diperbaharui Global

Buaya tersangkut pada mata kail di Sebuyau

SEBUYAU: Disangka ikan besar, rupa-rupanya buaya tersangkut pada mata kail yang dipasang penduduk di sungai Kampung Nat di sini, hari ini. Komander Operasi PBKII KUP