ARTIKEL

LRT dengan sistem ART diterima positif

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Rakyat Sarawak menyambut baik pembinaan LRT dengan sistem ART atau Aliran Transit Rapid Autonomi di negeri ini.

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, ia kini diterima baik rakyat berbanding sebelum ini.

“Cadangan pembinaan LRT ini sudah lama diutarakan Ketua Menteri (Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg) tetapi dahulu rakyat belum bersedia dengan perubahan itu.

“Sekarang rakyat Sarawak telah menyambut baik pembinaan LRT untuk kemudahan awam, lebih-lebih lagi dengan sistem baharu yang lebih jimat dan tidak menelan kos yang besar,” katanya selepas menerima kunjungan hormat UPPN di Bangunan Baitulmakmur di sini, semalam.

Beliau berkata, penting untuk rakyat menerima sesuatu inovasi dan apabila rakyat bersedia menerimanya, maka semakin mudah Kerajaan Sarawak menyediakan kemudahan ini.

“Kemudahan asas seperti pengangkutan awam di bandar raya Kuching amat diperlukan  kerana bandar raya ini membangun dengan pesat.

“Kaloau dahulu kita tidak terfikir tentang Lebuh Raya Pan Borneo, kesesakan lalu lintas, keperluan infrastruktur seperti pengangkutan awam LRT, namun sekarang keperluan kemudahan seperti ini amat mendesak,” jelasnya.

Fatimah menambah, kemudahan pengangkutan seperti LRT diperlukan di Kuching tetapi hendaklah bersesuaian dengan keadaan dan skalanya.

“Justeru bentuk model LRT yang dipilih juga perlu bersesuaian dengan bentuk muka bumi Sarawak,” tambahnya lagi.

Kelmarin, Ketua Menteri yang berada di bandar Nanchang, China membayangkan Sarawak akan menggunakan trem ini yang boleh menjalar di jalan raya biasa, jika tidak menggunakan sistem rel.

Ia bukan sahaja menjimatkan, malah tidak memerlukan ruang yang besar, selain kos yang efektif.

BERITA LAIN

MK Melugu ungguli anugerah TVPSS

SIMANGGANG: Sekolah-sekolah di Daerah Sri Aman mencatat pencapaian membanggakan apabila meraih pelbagai pengiktirafan pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Digital Peringkat Negeri Sarawak 2026 di Dewan

1,350 penerima darjah kebesaran Sarawak

KUCHING: Yang Dipertua Dewan Negara, Dato Awang Bemee Awang Ali Basah dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Azizah Nawawi mendahului penerima Darjah Kebesaran Negeri

BERITA TERBARU

Presiden El-Sisi Jemput Agong, PM Lawat Mesir

KUALA LUMPUR: Presiden Abdel Fattah El-Sisi menjemput Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim untuk melawat Mesir. Undangan itu turut dipanjangkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.