ARTIKEL

Kredit: Facebook Petronas Le Tour de Langkawi | BERNAMA

LTdL 2024: Laluan peringkat keempat berubah dari Kuala Kubu Bharu ke Bentong

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Laluan peringkat keempat perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 dari Kuala Kubu Bharu ke Genting Highland diubah kepada laluan baharu iaitu dari Kuala Kubu Bharu ke Bentong melibatkan jarak 148.9 kilometer (km).

Menurut kenyataan Majlis Sukan Negara (MSN) semalam, perubahan laluan itu diputuskan setelah mengambil kira faktor-faktor keselamatan ekoran kerja-kerja penambahbaikan jalan dan cerun di sepanjang laluan Genting Highlands semasa tarikh perlumbaan yang akan berlangsung dari 29 Sept sehingga 6 Okt depan.

“Pemilihan Daerah Kuala Kubu Baru dan Bentong dalam masa sama, bagi mengekalkan persiapan yang sedang dirangka oleh kedua-dua hos pelepasan dan penamat tersebut, berdasarkan pengumuman laluan yang telah diumumkan di Majlis Pelancaran LTdL 2024 pada 18 Mac lepas.

“Penganjur tetap cuba mengekalkan konsep pendakian bukit secara berturut-turut untuk Peringkat Ketiga dan Keempat bagi LTdL 2024.

Peringkat Keempat kali ini bakal menyaksikan pelumba perlu memulakan pendakian pada jarak KM 20 hingga ke KM 40 di Jalan Gap-Bukit Fraser sebelum pendakian ke puncak Bukit Fraser pada ketinggian 1,250 meter (m),” menurut kenyataan itu.

Peringkat tersebut bakal menjelmakan cabaran tambahan buat pelumba yang memerlukan percaturan taktikal serta teknikal sekali gus menuntut kayuhan pendakian hebat, selain kepakaran menuruni bukit bagi mengumpul jurang masa maksimum dalam mengharungi baki 70 km laluan landai ke Bentong.

Edisi ke-28 perlumbaan berbasikal paling berprestij di benua Asia itu menyaksikan Pulau Langkawi kembali tersenarai dalam laluan perlumbaan yang turut menyaksikan dua peringkat perlumbaan buat julung kalinya bakal dilangsungkan di Sarawak dengan jarak keseluruhan merangkumi 1,227.2 km.

Lapan peringkat perlumbaan meliputi 1,227.2 km jarak perjalanan ialah:- 

Peringkat 1: 29 Sept (Ahad) – Kuah ke Kuah (96.5 km)

Peringkat 2: 30 Sept(Isnin) – Arau ke Butterworth (154.5 km)

Peringkat 3: 1 Okt (Selasa) – Taiping ke Cameron Highland (170.3 km)

Peringkat 4: 2 Okt (Rabu) – Kuala Kubu Bharu ke Bentong (148.9 km)

Peringkat 5: 3 Okt (Khamis) – Kuala Lumpur ke Melaka (167.3 km)

Peringkat 6: 4 Okt (Jumaat) – Batu Pahat ke Kulai (123.6 km)

Peringkat 7: 5 Okt (Sabtu) – Miri ke Bintulu (199.3 km)

Peringkat 8: 6 Okt (Ahad) – Bintulu ke Bintulu / (lingkaran) (166.8 km)

— BERNAMA

BERITA LAIN

PMNS komited perkasa pembangunan sukan Muaythai

BINTULU: Persatuan Muaythai Negeri Sarawak (PMNS) komited memperkasa pembangunan sukan Muaythai di negeri ini. Usaha ke arah itu tampak jelas apabila badan induk berkenaan menganjurkan

Misi Kuching City FC cari kemenangan pertama

KUCHING: Pengurus Kuching City FC, Irwanshah Mohamad menegaskan, tiga mata tetap menjadi buruan pasukannya pada perlawanan menentang Sabah FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu malam

BERITA TERBARU

Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan STEM

KUCHING: Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) pada usia muda. Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri