Trending

Luangkan masa dengan anak-anak

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

MANA-MANA ibu bapa tidak rela mempunyai anak yang sudah besar, tetapi masih bergantung kepada mereka dalam apa jua perkara.

Anak merupakan waris yang harus diajar bagaimana untuk meneruskan kehidupan tatkala ibu bapa sudah tiada.

Alhamdullilah, masyarakat Timur tidak sekejam masyarakat Barat yang sanggup menghalau anak mereka yang pemalas keluar dari rumah walaupun usia sudah melewati 20-an.

Di Barat anak-anak muda sendiri berasa canggung apabila masih tinggal dengan ibu bapa. Sebab itu kita dapat lihat ramai anak muda luar negara yang sanggup merantau dengan bajet terhad demi memenuhi impian melihat dunia luar dan tidak mahu menyusahkan ibu bapa.

Di Malaysia lain pula. Kita dapat melihat anak-anak muda yang menganggur, masih mengharapkan suapan rezeki daripada ibu dan ayah mereka. Saya pernah melihat seorang ibu tunggal yang sudah tua masih gigih mencari rezeki berjual di pasar tamu sedangkan anak lelakinya duduk, makan, minum dan tidur, tanpa berbuat apa-apa.

Namun saya pasti atas sifat kasih seorang ibu dia sanggup mencari wang untuk menyara anaknya yang sudah dewasa tetapi malas berkerja.

Akuilah bahawa keadaan ini berlaku di persekitaran kita. Semua ini disebabkan kemanjaan berlebihan hingga merosakkan kemenjadian mereka. Hari ini kita dapat melihat fenomena ibu bapa muda yang cenderung mencurahkan kemanjaan berlebihan.

Memberi gajet misalnya. Pantang anak menangis, ibu atau bapa menyuakan telefon bimbit untuk mendiamkan anak. Akhirnya anak akan menjadi ketagih pada gajet. Ini boleh menjejaskan kebolehan dan kemampuan anak untuk bersosial. Anak akan berada dalam dunia mayanya sendiri.

Berikut beberapa tip agar ibu bapa tidak memanjakan anak tetapi boleh membantu meningkatkan kemenjadian anak.

1. Terapkan disiplin

Ibu bapa hendaklah mendisiplinkan anak mereka supaya sentiasa berkelakuan baik. Untuk membentuk keluarga yang bahagia ibu bapa hendaklah mengajar anak mereka supaya sentiasa patuh pada arahan mereka.

Contohnya tidak membuang sampah di merata-rata tempat. Dengan ini anak-anak akan terbiasa dan tidak mungkin akan membuang sampah sembarangan.

Kesannya kemenjadian anak yang cenderung menjadi pembersih dan mampu menjaga persekitaran. Dengan ini ibu bapa haruslah mendisiplinkan anak mereka sejak dari kecil lagi.

2. Jadilah teladan yang baik

Ibu bapa hendaklah menjadi teladan atau contoh yang baik kepada anak-anak. Ibu bapa seharuslah berkelakuan baik kerana setiap perbuatan ibu bapa akan dicontohi anak-anak mereka.

Ingat, anak-anak dekat dengan ibu bapa, apa yang ibu bapa lakukan mudah menjadi ikutan mereka.

Contohnya, jika anak-anak melihat ibu bapa sentiasa membantu orang yang dalam kesusahan. Dengan ini kanak-kanak akan mencontohi perbuatan tersebut sehingga meningkat dewasa. Jika anak-anak selalu melihat ibu bapanya rajin membuat kerja dan mencari rezeki, jadi anak- anak akan cenderung membantu untuk meringankan bebanan ibu dan bapa.

3. Luangkan masa

Ibu bapa haruslah meluangkan lebih banyak masa dengan anak-anak. Ini dapat membuatkan anak akan berasa dihargai dan tidak melakukan apa-apa perkara yang boleh merosakkan akhlak dan sahsiah mereka.

Jika ini dapat dilaksanakan sudah pastilah anak-anak kita akan lebih seronok dan berasa diberi perhatian oleh ibu bapa.

Ambil masa untuk bercakap dan berbincang dengan anak-anak tentang cita-cita dan masa depan mereka.

4. Utamakan didikan agama

Ibu bapa boleh memulakan dengan mengajak anak-anak beribadah di surau atau masjid. Mengutamakan amalan solat lima waktu dan membaca al-Quran dan hadis.

Didikan agama yang cukup kepada anak-anak membolehkan mereka dapat membezakan yang mana baik dan buruk. Maka mereka tidak akan melakukan apa-apa perkara yang boleh merosakkan sahsiah mereka.

Ibu bapa juga boleh menghantar mereka mengikuti kelas mengaji dan boleh mengajar cara untuk mendirikan solat dengan betul dan tertib.

Jika perkara ini berterusan maka anak mereka akan menjadi seorang yang soleh dan solehah sekali gus membentuk kemenjadian ke arah insan yang kamil.

5. Kawal, pantau pergerakan

Ibu bapa juga perlu mengawasi pergerakan anak mereka. Ini kerana kita dapat menegur anak kita sekiranya mereka melakukan perkara yang tidak betul.

Contohnya, kita melihat mereka keluar rumah hingga lewat senja atau malam, jadi kita seharusnya menegur mereka supaya tidak mengulanginya.

Teguran ibu bapa akan menyedarkan anak tentang perbuatan yang elok dan buruk. Jika ini berterusan mereka tidak akan melakukan apa-apa perkara yang salah.

Maka ibu bapa haruslah sentiasa memantau pergerakan anak mereka.

Kesimpulannya sebagai ibu bapa janganlah kita terlalu memanjakan anak-anak supaya anak-anak terus membesar dengan rasa tanggungjawab bukan hidup hanya ditanggung oleh ibu bapa.

Kemanjaan bukan tiket membentuk kemenjadian, malah boleh menjadi beban suatu hari nanti. Selamat membina keluarga harmoni.

Cikgu Emmet atau Ahmad Faizal Osman merupakan guru kanan di SK Pulau Seduku Lingga, Sri Aman.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Si duri tajam

DURIAN bukan sekadar pemegang takhta raja buah, tetapi juga raja

Kembara luar biasa

BUKAN selalu Yang di-Pertuan Agong melakukan kembara dan perjalanan lebih

Segulai Sejalai

KEMBARA Kenali Borneo Yang di-Pertuan Agong dan rombongan 3-13 September

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru