Luar bandar nikmati 100 peratus elektrik menjelang 2022

KUCHING: Kerajaan Sarawak menerusi Sarawak Energy Berhad (SEB) akan memastikan 100 peratus kawasan luar bandar mendapat bekalan elektrik menjelang 2022 atau 2023.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata telah memberikan bajet khas sebanyak RM2.3 bilion untuk membekalkan elektrik ke kawasan luar bandar.

“Ini dari dana kira sendiri kerana kita mahu menyediakan elektrik kepada penduduk di kawasan luar bandar agar mereka dapat dinikmatinya terutama di rumah panjang, kampung dan sekolah.

“Seperti di Long Pilah, saya dapat melihat muka penduduk di rumah panjang berkenaan yang sangat bersyukur apabila saya merasmikan bekalan elektrik bagi kawasan tersebut.

“Pelajar juga dapat belajar dan tidak perlu lagi bergelap,” katanya berucap pada majlis Anugerah Penilai Vendor Tenaga Sarawak 2020 (Sevaa) yang pertama diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini.

Menurut Abang Johari, beliau tidak lagi mahu bergantung sepenuhnya kepada Kerajaan Persekutuan untuk membangunkan kawasan luar bandar sebilangan perunding yang dilantik oleh kerajaan persekutuan tidak menyedari infrastruktur apa yang diperlukan oleh penduduk luar bandar.

Menyentuh semasa lawatannya ke Telok Melano lima tahun yang lalu, beliau berkata telah diberitahu oleh penduduk di sana bahawa kampung mereka diberi turbin angin tetapi mereka tidak mempunyai bekalan elektrik.

“Mereka memasang turbin angin ini di Telok Melano sedangkan mengetahui dengan jelas bahawa tidak ada angin kencang di sana, itu yang saya kurang faham.

“Mereka juga berusaha membekalkan hidro mini tetapi tidak ada bekalan air. Inilah dilema yang dihadapi oleh penduduk luar bandar,” katanya.

Justeru sebaik dilantik sebagai Ketua Menteri, Abang Johari berkata memutuskan untuk membiarkan SEB menguruskan isu elektrik luar banda