ARTIKEL

LUAR NEGARA – Pemilu Indonesia 2024 berlangsung 14 Februari, kenapa Rabu?

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Rabu ini, 14 Februari Indonesia memilih lagi.

Sekitar 204 juta warga Indonesia mengundi untuk memilih Presiden dan Naib Presiden serta anggota legislatif pelbagai tingkat.

Memetik Kompas, “entah disadari atau tidak, pelaksanaan pemungutan suara dalam beberapa pemilu terakhir selalu dilakukan pada Rabu.”

Menurut akhbar dalam talian itu, Pemilu 2019, pemilu serentak lima kotak yang pertama saat itu berlangsung pada Rabu – 17 April 2019.

Pada Pemilu 2014 juga, pelaksanaan Pemilu Legislatif (Pileg) diadakan pada Rabu iaitu 9 April 2014 dan diteruskan dengan Pemilihan Presiden (Pilpres) pada Rabu bertarikh 9 Julai 2014.

Pengulas mengatakan, sejak Pemilu 2014, penentuan hari pungutan suara dalam pemilu berlangsung pada Rabu.

Lalu, mengapa pemilu selalu diadakan pada setiap Rabu? tanya Kompas.

Kompas memetik kenyataan mantan Ketua Komisi Pemilihan Umum (KPU), Arief Budiman bahawa penentuan hari pengundian selalu mempertimbangkan potensi penyertaan pengundi.

Menurut Ketua KPU Arief Budiman pula, sejak pemilu selepas era Reformasi, hari pengundian sering berubah.

Pada Pemilu 1999, pengundian berlangsung pada Isnin dan tingkat penyertaan pengundi sangat tinggi, sehingga mencapai 92.7 peratus.

Namun, pada dua kali pemilu selanjutnya, penyertaan pemilih mengalami trend menurun.

Pendapat mengatakan, sebahagian pengundi, justeru memanfaatkan hari cuti pemilu untuk menyambung dengan hari lain bagi tujuan liburan atau melancong, bukan untuk mengundi.

Perubahan hari pengundian dari Isnin kepada Khamis tidak memberi kesan kepada penyertaan pengundi kerana pengundui cenderung menambah cuti bersambung.

Misalnya jika Isnin, pengundi akan menyambungnya dengan Sabtu dan Ahad untuk berada di luar pusat pengundian.

Justeru, ekoran itu, KPU menetapkan hari mengundi untuk suara untuk Pileg dan Pilpres 2014 pada Rabu, menurut Kompas.

Langkah tersebut akhirnya dikatakan memberi kesan positif kerana penyertaan pemilih pada pileg berlangsung Rabu menunjukkan peningkatan pengundi.

Menurut Arief, penentuan Rabu sebagai hari mengundi merupakan pilihan, sebab, Rabu berada pada tengah-tengah minggu sehingga kemungkinan orang memperpanjang liburan atau cuti agak kurang.

LAIN-LAIN BERITA

Penghormatan terakhir buat Kiptum

ELDORET: Beratus-ratus orang berkumpul di hab olahraga Kenya di Eldoret pada Khamis untuk penghormatan terakhir bagi pelari maraton dunia, Kelvin Kiptum yang meninggal dunia pada

Mangsa Gaza saman kerajaan Jerman

BERLIN, Jerman: Mangsa serangan Israel memfailkan aduan jenayah terhadap pegawai tinggi kerajaan Jerman kerana menyokong jenayah perang Israel dan genosid terhadap rakyat Palestin di Gaza,

Koleksi peribadi Elton John dilelong

NEW YORK: Hampir AS$100,000 kasut perak monogram Elton John dan sekitar AS$2 juta untuk lukisan kembar tiga oleh artis jalanan Banksy daripada koleksinya, iaitu barangan

Jokowi rasmi pelabuhan kedua terbesar

JAKARTA: Presiden Joko Widodo atau Jokowi pada Khamis merasmikan Makassar New Port di Sulawesi Selatan yang matlamatnya untuk meningkatkan kecekapan logistik di timur Indonesia, ketika

BERITA TERBARU

Wanita maut ditikam di Sibu

SIBU: Seorang lelaki ditahan kerana disyaki membunuh seorang wanita dengan menikamnya menggunakan sebilah pisau di Pusat Komersil Sibu Jaya di sini. Ketua Polis Daerah Sibu

Mesyuarat mingguan hingga 20 Mac selesai isu padi, beras

KUALA LUMPUR: Pengerusi Task Force (Kluster Makanan) Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta majlis itu

Sumbangan Tun Taib kepada Mukah diingati sepanjang zaman

MUKAH: Sumbangan bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud dalam memajukan Mukah akan diingati sepanjang masa, kata Penghulu Ahmad Mahmud Jakriah. “Allahyarham membawa pembangunan fizikal untuk