Luar rumah urut, dalam bilik Karaoke

PADAWAN: Tindakan sebuah rumah urut beroperasi lebih masa membawa padah selepas premis yang terletak di bandar baru Batu Kawa itu diserbu polis, semalam.
Ketua Polis Daerah Padawan Supt Aidil Bolhassan berkata, premis itu telah diserbu sekitar jam 11.45 malam.
Dedahnya, hasil serbuan mendapati premis rumah urut itu sebenarnya menjalankan aktiviti karaoke tanpa lesen perniagaan.
“Tiga individu iaitu pelanggan premis telah diberi tindakan kompaun di bawah
Peraturan 3, Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit(PPPPB) (Langkah-langkah Di Dalam Kawalan Tempatan Jangkitan) 2020.
“Manakala penjaga premis, seorang warga asing ditahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963 dan Seksyen 5(1) Ordinan Hiburan 2000,” tegasnya.

BARANG…Antara peralatan muzik berada di dalam bilik tersebut