ARTIKEL

Lubnan fail aduan pencerobohan Israel

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

LUBNAN bercadang membuat aduan rasmi kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berhubung pencerobohan Israel yang disengajakan pada awal Jumaat, menurut kenyataan Kementerian Luar, lapor Anadolu Agency.

Kementerian itu berkata Israel melanggar kedaulatan Lubnan dengan mengebom kawasan di selatan Lubnan.

Ia menyifatkan pencerobohan Israel sebagai satu pencabulan terang-terangan terhadap kedaulatan Lubnan dan Resolusi Majlis Keselamatan PBB 170 (yang) mengancam kestabilan yang dinikmati oleh selatan Lubnan. – BERNAMA

BERITA LAIN

Banjir lahar sejuk landa Jawa Timur

JAKARTA: Sekurang-kurangnya 32 keluarga di Lumajang, Jawa Timur dipindahkan secara sukarela ke kawasan lebih selamat susulan limpahan banjir lahar sejuk yang dicetuskan Gunung Semeru pada

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,