Trending

LUNA MAYA teroka bangunan berhantu

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

Pelakon, Luna Maya ditemani Bianca Hello dan Christian Sugiono meninjau bangunan terbiar di pinggiran Bandung, untuk dijadikan hotel. 

Mereka bertiga diiringi Dimasta dan Kang Jeff dari Nightmare Side Radio Ardan Bandung. 

Kali pertama memasuki bangunan terbiar tersebut, Christian Sugiono menyifatkan ia sebagai pengalaman seram yang membuatkannya ingin tahu.

Sementara itu, Luna Maya pula mendedahkan dia sangat takut, namun ingin tahu dan mengharapkan pengalaman yang lebih mengasyikkan.

“Kami berharap ia tetap menyeronokkan dan menarik,” kata Luna Maya.

Pencarian bangunan terbiar ini dijalankan beberapa minggu sebelum Luna Maya, Christian Sugiono, dan Bianca Hello melancarkan filem terbaharu oleh pengarah Guntur Soeharjanto bersama Hitmaker Studios.

Filem ini diinspirasikan daripada kisah benar sebuah hotel berhantu di Semarang, Jawa Tengah.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru