PENAMPILAN pelakon popular, Mr. Bossy CEO, Luo Zheng segak berbaju Melayu menarik perhatian peminat menerusi Asia Tour anjuran iQIYI VIP.
Memetik media tempatan, Luo Zheng bertemu dan beramah-mesra dengan para peminatnya di Sunway Velocity Mall.
Pertama kali dianjurkan, acara tersebut dilaporkan menarik lebih 500 peminat pada sidang akhbar dan 260 lagi dalam pertemuan tertutup dengan peminat.
Selain itu, ia menonjolkan impak global iQIYI dan minat mendalam C-drama dalam kalangan penonton.
Sambutan hangat daripada ratusan peminat mengukuhkan komitmen iQIYI sebagai ‘juara’ kandungan Asia yang digemari.