ARTIKEL

Luruan angin timuran berlaku sehingga 20 Januari ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) menjangkakan luruan angin timuran berlaku sehingga 20 Januari, Sabtu ini.

Ketua pengarahnya Muhammad Helmi Abdullah berkata, perkembangan tersebut berdasarkan analisis model-model cuaca.

“Keadaan ini juga boleh menyebabkan peningkatan kelembapan yang berpotensi membawa hujan berterusan di timur Semenanjung, Sarawak dan timur Sabah.

“Ia juga termasuk angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan dalam tempoh berkenaan,” katanat menerusi kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, MET Malaysia telah mengemaskini Amaran Hujan Berterusan (Waspada) sehingga 20 Januari 2024 serta Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora berkuat kuasa sehingga 19 Januari 2024.

Pada masa yang sama, orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

Untuk rekod, kenyataan tersebut dikeluarkan oleh MET Malaysia setakat jam 2.30 petang hari ini.

LAIN-LAIN BERITA

SEDAR mahu belajar daripada GPS untuk majukan Sabah

KUCHING: Parti Sedar Rakyat (SEDAR) bersedia untuk mengadakan rundingan kerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Presidennya, Datuk Othman Abdillah berkata, usaha itu bagi memastikan Sedar

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

Penularan kes denggi di Miri membimbangkan

MIRI: Penularan kes demam denggi di sekitar Miri kini semakin menimbulkan kebimbangan, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Lee Kim Shin. Menurutnya, setakat 24 Februari lalu

BERITA TERBARU

Kesihatan Tze Yong diutamakan BAM – Norza

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengambil pendekatan tidak terlalu memberi tekanan kepada pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, dalam usaha mengejar slot ke