Teruna berani buka perniagaan syarikat bukan bumiputera

Trending

Luruan monsun dijangka berterusan sehingga 4 Januari – Meteorologi

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Gambar hiasan

KUCHING: Luruan monsun dijangka berterusan sehingga 4 Januari ini, menurut Meteorologi Malaysia.

Pada masa sama, katanya pembentukan awan hujan aktif di Laut China Selatan dan Laut Sulu berpotensi menyebabkan hujan berterusan berlaku di utara Sabah, Pantai Timur dan Pantai Barat Semenanjung.

Dalam pada itu, Barat Sabah dan Sarawak dijangka mengalami keadaan cuaca ribut petir yang lebih kerap pada sebelah petang hingga malam, bermula 2 hingga 8 Januari ini.

Sementara, ia menyatakan hujan lebat berterusan (peringkat buruk dan waspada) dijangka melanda Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur dan WP Putrajaya sehingga 3 Januari ini, manakala di Kelantan, Terengganu, barat Pahang dan utara Sabah sehingga 4 Januari.

Amaran angin kencang dan laut bergelora (kategori pertama dan kedua) juga dijangka berlaku di perairan Pantai Timur Semenanjung termasuk timur Johor, Sarawak dan Sabah sehingga 4 Januari.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

28 Mei 2023

Berita Terbaru