ARTIKEL

Luruhnya bungan cinta

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

LURUHNYA BUNGA CINTA merupakan adaptasi daripada drama Korea Autumn In My Heart bakal menampilkan Redza Rosli dan Tracie Sinidol sebagai pelakon utama. 

Drama terbitan Global Station ini diarahkan oleh Riza Baharudin. 

Drama ini mengisahkan takdir dua gadis yang tertukar sejak bayi dan perubahan mendadak dalam hidup mereka selepas masa silam tersebut terbongkar selepas beberapa tahun.

Jamaludin dan Adita yang menunggu kelahiran anak perempuan mereka, Aara (Auni Yusri) mengambil keputusan melahirkan bayi di klinik tempatan di sebuah daerah kecil kerana hujan ribut yang melanda kawasan tersebut. 

Label tag nama ibu di katil bayi masing-masing terjatuh dan tersalah letak.

Insiden ini menyebabkan Nuha dan Aara tertukar identiti mereka kemudiannya dibawa pulang oleh keluarga yang berasingan.

Selepas beberapa tahun, Nuha dan Aara belajar di sekolah yang sama.

Nuha membesar dengan abangnya, Nuh (Redza Rosli) di rumah agam milk Jamaluddin dan Adita, manakala Aara tinggal dengan abangnya, Anwar di rumah kos rendah milik Noriah. 

Suatu hari, Nuha mengalami kecederaan teruk dan disahkan mengidap Talasemia.

Hal tersebut menimbulkan kecurigaan Jamaludin kerana keluarga mereka tidak mempunyai rekod penyakit tersebut. 

Akhirnya, kebenaran mengejutkan terbongkar bahawa Aara dan Nuha tertukar secara tidak sengaja sewaktu bayi.

Nuha terputus hubungan dengan Nuh apabila Jamaludin menerima tawaran kerja di luar negara dan satu keluarga berhijrah ke sana. 

Dapatkah mereka menempuh perubahan secara mendadak dalam kehidupan mereka ini? Apakah yang terjadi kepada Nuha dan Aara?

Luruhnya Bunga Cinta menghiasi slot Akasia TV3, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam atau strim di platform penstriman iQIYI bermula 8 malam.

LAIN-LAIN BERITA

Anak Sarawak, Roxy Ixzy juara bintang RTM 2024

PENYANYI kelahiran Sarawak, Roxy Ixzy muncul juara Bintang RTM 2024 pada konsert akhir pertandingan di Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri baru-baru ini.  Roxy atau Roziena Ixzy

Vivek Vaswani dedah rahsia Shah Rukh Khan

PENERBIT filem, Vivek Vaswani mendedahkan perkara mengejutkan tentang pelakon, Shah Rukh Khan iaitu memiliki 17 telefon bimbit. Dedahnya, dia tidak berhubung dengan hero Bollywood itu

Tom Cruise berpisah dengan kekasih

HUBUNGAN pelakon terkenal Tom Cruise dengan model asal Rusia iaitu Elsina Khayrova dilaporkan berakhir dengan perpisahan. Sumber terdekat pasangan itu memberitahu Tom, 61, yang menamatkan

BERITA TERBARU

WBC 2024: 13 negara terawal sahkan penyertaan

KUCHING: Seramai 13 petinju dari negara berbeza telah mengesahkan penyertaan mereka untuk bersaing di Kejuaraan Tinju Dunia (WBC) 2024 yang dijadual berlangsung di Stadium Perpaduan,

Kuarters lama JKR terbakar

SIMANGGANG: Sebuah kuarters lama Jabatan Kerja Raya (JKR) yang tidak berpenghuni terbakar awal pagi tadi. Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Tiga (Sri Aman) Muhammad Rais