ARTIKEL

Lydia Hyginus, Ratu Sarikei

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SARIKEI: Kejelitaan Lydia Hyginus memukau juri untuk melayakkannya bergelar Ratu Sarikei
sempena Pesta Nanas dan Buah-Buahan di sini, malam tadi.

Lydia, 24, dari Kuching membawa pulang wang tunai RM2,000, piala dan hadiah iringan yang disampaikan oleh Datin Asiah Awai, isteri Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Datuk Len Talif Salleh.

Naib juara disandang Vanessa Grace Tali, 18, dari Kanowit manakala, tempat ketiga menjadi milik, peserta Bintangor Rosiah Arbi, 24. Naib juara dan tempat ketiga masing-masing menerima RM1,500 dan RM1,000 serta hadiah iringan.

Dalam pada itu, Pemenang keempat hingga ketujuh, masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM300.

Saingan peringkat akhir yang menyaksikan kesemua peserta memperagakan ‘Gaun Malam Glamour’ sebagai tema utama.

Hadir sama, Residen Sarikei Michael Ronnie Langgong dan Pegawai Daerah Sarikei Kathreen Lalai Eddie Saga.

LAIN-LAIN BERITA

SEDAR mahu belajar daripada GPS untuk majukan Sabah

KUCHING: Parti Sedar Rakyat (SEDAR) bersedia untuk mengadakan rundingan kerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Presidennya, Datuk Othman Abdillah berkata, usaha itu bagi memastikan Sedar

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

BERITA TERBARU