ARTIKEL

Loreta memasang tiara di kepala Lyechea yang dinobatkan sebagai Kumang Gawai Bahagian Bintulu 2024.

Lyechea Charlie dinobatkan sebagai Kumang Bintulu 2024

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Lyechea Charlie dinobatkan sebagai ‘Kumang Gawai’ Bahagian Bintulu 2024 pada Majlis Makan Malam Gawai Dayak Peringkat Bahagian Bintulu di Restoran Dinner World di sini, malam tadi.

Kemenangan tersebut melayakkan gadis berusia 23 tahun itu membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 berserta tiara, piala iringan, selempang, jambangan bunga dan sijil penyertaan.

Selain itu, Lyechea juga diumumkan sebagai pemenang ‘Ngepan Pemadu Manah’ sekali gus menerima hadiah berupa wang tunai sebanyak RM2,000 dan selendang.

Lyechea (duduk tengah) diapit Jolin (kiri) dan Emilia (kanan) bersama tujuh pemenang hadiah sagu hati Pertandingan Kumang Gawai Bahagian Bintulu 2024.

Gelaran ‘Lulong Gawai’ (naib johan) pula dimenangi Jolin Ling,19, yang menerima wang tunai RM7,000 berserta piala iringan, selempang, jambangan bunga dan sijil penyertaan.

Manakala Emilia Mujan Kayan, 29, meraih gelaran ‘Selinggar Matahari Gawai’ atau tempat ketiga untuk membawa pulang wang tunai RM5,000 berserta selempang, piala iringan, jambangan bunga dan sijil penyertaan.

Loreta mengabadikan gambar bersama Lyechea (duduk tengah), Jolin (kiri) dan Emilia (kanan).

Tujuh peserta di tempat keempat hingga ke-10, yang terdiri daripada Arabella Sunta Langkan, Jianna Lent Sim Jimbun, Stephanie Abby Beji, Rebecca Lu Yann Ru, Steffy Sharon Saging, Avril Lavigne Siang dan Party Sofia Bantin, masing-masing menerima hadiah sagu hati berupa wang tunai RM500, jambangan bunga dan sijil penyertaan.

Hadiah disampaikan oleh Datin Seri Loreta Sawot, isteri kepada Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemena, Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom.

Seramai 10 finalis berentap dalam pertandingan ‘Kumang Gawai’ pada Majlis Makan Malam Gawai Dayak 2024 Peringkat Bahagian Bintulu yang telah disempurnakan oleh Dr Rundi.

BERITA LAIN

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya

BERITA TERBARU

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya