ARTIKEL

Fatimah menyampaikan cek MRP kepada salah sebuah persatuan semasa Majlis Penyerahan Cek MRP Fasa 3 Tahun 2026 ADUN N56 Dalat di lobi KPWK di bangunan Baitulmakmur II.

M225,000 Disalurkan Kepada 33 Kelab, Persatuan dan NGO di Dalat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sebanyak RM225,000 diagihkan kepada 33 kelab dan persatuan serta badan bukan kerajaan (NGO) menerusi peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) Fasa Ketiga bagi kawasan DUN Dalat.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, fasa ketiga ini merupakan agihan yang terakhir sebelum DUN dibubarkan.

“Saya nasihatkan agar mereka yang tidak menerima peruntukan kali ini untuk mencuba lagi pada penggal seterusnya.

BERCAKAP… Fatimah semasa Majlis Penyerahan Cek MRP Fasa 3 Tahun 2026 ADUN N56 Dalat di lobi KPWK di bangunan Baitulmakmur II.

“Jangan putus asa untuk memohon peruntukan ini kerana kita akan beri apabila peruntukan MRP baharu diberikan kelak,” katanya,

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Penyerahan Cek MRP Fasa Ketiga Tahun 2026 ADUN N56 Dalat di lobi Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) di bangunan Baitulmakmur II di sini, hari ini.

Tambahnya, geran MRP bertujuan untuk membantu penduduk setempat membina infrastruktur, membaik pulih dan sebagainya.

“Menerusi pengagihan peruntukan kepada persatuan dan kelab serta NGO ini, kita berharap dapat menyokong dari segi penganjuran program, pengurusan aktiviti dan lain-lain.

“Saya yakin program yang mereka anjurkan ini pada amnya dapat meningkatkan kesejahteraan ahli dan komuniti yang terlibat,” katanya.

Sementara itu, DUN Dalat telah menyampaikan peruntukan berjumlah RM25,000 bagi fasa pertama dan RM83,000 bagi fasa kedua menerusi geran MRP pada tahun ini.

BERITA LAIN

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah