MA63: Perlu segera tunaikan tuntutan Sarawak, Sabah

KUCHING: Kerajaan PN pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu memastikan tuntutan Sabah dan Sarawak menerusi MA63 segera ditunaikan.

Menurut Felo Kanan Majlis Profesor Negara Dr Jeniri Amir, jika perkara ini terus dilengahkan, ia bakal menjadi duri dalam daging seterusnya menghambat PN pada PRU-15 kelak.

Ujarnya, Muhyiddin dan PN tidak mempunyai pilihan selain memastikan komitmen tuntas memastikan janji dan perhitungan MA63 ditunaikan segera.

“Paling penting sekarang, segala janji yang diberikan kepada rakyat Sabah dan Sarawak harus ditunai tanpa berlengah-lengah.

Menurut beliau, isu ini sekian lama tertunggak dan ia dibincangkan sejak zaman Kerajaan BN dan kemudian diambil alih oleh Kerajaan PH dan kini di bawah PN

Bagaimanapun ujar beliau, komitmen yang ditunjukkan Perdana Menteri menyelesaikan isu ini dibuktikan menerusi penubuhan Kementerian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak.

Penubuhan itu diharap mampu mencari jalan penyelesaian terhadap isu berbangkit berhubung MA63.

…Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 9 April 2021

Suara Sarawak