ARTIKEL

Maal Hijrah program tahunan imarah masjid

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MAAL HIJRAH sering dikaitkan dengan penghijrahan Rasulullah SAW dan sahabat dari Makkah ke Madinah.

Perpindahan kaum Muhajirin ketika itu merupakan pengorbanan yang amat besar serta hijrah Rasulullah ketika itu adalah untuk mengembangkan agama dan suruhan-Nya.

Justeru, banyak majlis dan surau menjadikan Maal Hijrah sebagai aktiviti tahunan bagi mengimarahkan masjid.

Menurut Setiausaha Jawatankuasa Pengurusan (JKP) Masjid al-Malik Taman Uni Garden, Muhammad Badrul Amin Abu Kassim, masjid mereka hanya merancang mengadakan sambutan Maal Hijrah dengan sederhana pada awalnya.

“Sambutan Awal Muharam hanya doa akhir dan awal tahun serta diselit dengan ceramah keagamaan.

“Atas inisiatif secara kolektif JKP, kami satukan idea menyambut Maal Hijrah kali ini dengan lebih banyak penglibatan jemaah dan penduduk sekitar.

Akhirnya, JKP bersetuju mengadakan aktiviti tambahan seperti sukan badminton, pingpong dan sepak takraw bermula 18 hingga 19 Julai ini,” katanya kepada Suara Sarawak.


Di
samping itu, satu jawatankuasa dibentuk mengurus persediaan dari segi tempat, publisiti berkaitan program yang diadakan dan sebagainya Selain aktiviti sukan, JKP masjid itu juga mengadakan aktiviti memasak, menjual barang terpakai, sukaneka untuk kanak-kanak bagi memeriahkan lagi sambutan Awal Muharam kali ini.

Badrul juga mengatakan JPK masjid menyediakan sukan khusus untuk orang awam dan diurus sendiri oleh biro wanita, seterusnya mengadakan aktiviti memasak secara rewang.

OBJEKTIF

Objektif program dan aktiviti Maal Hijrah menjadi sambutan Awal Muharam kali ini sebagai medium kariah kawasan sekitar untuk terlibat dalam jaringan ukhuwah.

Selain itu, ujar Badrul, JKP mahu Masjid al-Malik Taman Uni Garden sebagai institusi pelbagai guna untuk umat Islam.

Ia tidak terhad kepada solat jemaah, bahkan menyediakan tempat bagi menyatukan umat Islam di sekitar kawasan ini.

Sejak masjid ini dibangunkan, terdapat beberapa majlis sambutan hari kebesaran Islam seperti Karnival Aidiladha diadakan.

Program itu juga dimeriahkan 2,000 umat Islam.

Hal ini bukan kali pertama masjid tersebut mengadakan program menyambut hari penting Islam dan ia mendapat sokongan meriah terutama dari hadirin sekitar.

CABARAN

Bagi Badrul, persediaan untuk aktiviti atau program sebegini semestinya mempunyai cabaran dan masa merupakan faktor cabaran yang dihadapinya.

“Kebanyakan JPK yang terlibat perlu membahagikan masa mereka dengan komitmen lain, termasuk saya.

“Dengan jadual dan agihan tugasan yang betul, kami dapat melaksanakan dan menganjurkan program sambutan Maal Hijrah kali ini.

“Alhamdulillah, program dianjurkan kali ini mendapat respons luar biasa kerana kira-kira 500 kariah terlibat dalam aktiviti sempena Maal Hijrah,” ulas Badrul.

Pada masa yang sama, Badrul berharap lebih ramai mengenali masjid ini bukan sekadar tempat solat, tetapi melibatkan diri terutama dalam program dan acara yang dianjurkan.

Katanya, tahun baharu perlu ada azam baharu dan dia juga berharap lebih banyak JKP masjid bersikap proaktif menarik lebih banyak masyarakat ke masjid melalui aktiviti selain solat jemaah dan ceramah.

UKHUWAH

Cadangan akan datang untuk Masjid al-Malik Taman Uni Garden ialah berusaha menjadikan masjid ini sentiasa hidup dengan jemaah dan berukhuwah.

Difahamkan, masjid tersebut dibuka selepas siap fasa satu pembinaan akhir Disember 2022 dengan dirasmikan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada 7 Julai lepas.

Fasa kedua pembinaan masjid ini kelak bakal meliputi banyak kemudahan yang lebih mesra jemaah seperti menyediakan bilik serbaguna, ruang limpah yang luas dan bilik singgah untuk tetamu.

BERITA LAIN

Tarikan lampu raya Bang Man

KUCHING: Beberapa tahun lalu, apabila Abdul Rahman Othman mula membeli lampu hiasan untuk menghiasi rumahnya pada sambutan Hari Raya Aidilfitri, beliau tidak pernah membayangkan lampu

Tarikan air terjun Belaga

LOKASI yang jauh di pedalaman menjadikan Belaga sebagai destinasi yang penuh dengan hidupan flora dan fauna terpelihara. Antara tarikan yang menjadi tumpuan di Belaga adalah

BERITA TERBARU

PBB China sokong Palestin anggotai PBB

BEIJING: China menyokong Palestin menjadi anggota baharu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan menyokong Majlis Keselamatan PBB (UNSC) mengambil tindakan berkenaan dengan secepat mungkin. Ini dinyatakan