ARTIKEL

Kredit: BERNAMA

Mabuk dan rosak harta benda syarikat, dua pengawal keselamatan didenda

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Dua bekas pengawal keselamatan sebuah syarikat pembekal makanan dan perkhidmatan masing-masing dijatuhi hukuman denda RM2,000 atau tiga bulan penjara oleh Mahkamah Majistret hari ini.

Muhamad Hafis Mohd Nizammuddin, 28, dan Rostenlin William, 24, masing-masing mengaku bersalah di hadapan Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali atas pertuduhan merosakkan harta benda syarikat selepas minum minuman keras di tempat kerja.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana sengaja melakukan khianat merosakan harta benda syarikat hingga menyebabkan kerugian RM250 pada 26 Disember 2023, kira-kira jam 8.56 malam, 22 Disember 2023.

Menurut fakta kes, kedua-dua tertuduh bersama dua lagi rakan setugas yang lain membawa dan minum minuman keras di ruang rehat pekerja.

Mereka kemudian mabuk dan bertindak agresif dengan merosakkan harta benda milik syarikat seperti menumbuk almari pekerja, membaling kerusi dan menendang pembahagi air menyebabkan kerugian sekitar RM250.

Laporan polis dibuat untuk tindakan dan siasatan lanjut seterus membawa kepada penangkapan tertuduh pada 7 Januari lalu.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Ammarsoffi Yusoff manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

LAIN-LAIN BERITA

SAR hari kelima, bayi 18 bulan belum ditemui

KANOWIT: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang bayi lelaki berusia 18 bulan yang dikhuatiri terjatuh dalam sungai Kanowit di Nanga Germai di sini, Ahad lalu

Heret Bozz Jebat ke muka pengadilan dengan segera

KUCHING: Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak Datuk Idris Buang menyeru pihak polis agar Bozz Jebat segera disiasat dan dikenakan tindakan sewajarnya. Tegas

BERITA TERBARU

SAR hari kelima, bayi 18 bulan belum ditemui

KANOWIT: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang bayi lelaki berusia 18 bulan yang dikhuatiri terjatuh dalam sungai Kanowit di Nanga Germai di sini, Ahad lalu

Kes curi di Miri: PDRM lancar Op Kesan 

MIRI: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri menerusi Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) melancarkan Op Kesan bagi mengesan suspek-suspek yang disyaki terlibat dalam kes kecurian