MAFI perketat syarat kemasukan lembu hidup

MELAKA: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menerusi Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) memperketat kawalan dan kemasukan lembu di pintu sempadan negara bagi mencegah penularan penyakit kulit kental/berbonjol (LSD).

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata ini berikutan penyakit tersebut dikesan berlaku di beberapa kawasan di Asia termasuk negara jiran Thailand selain dua lokasi baharu di negara ini iaitu di Perak dan Selangor.

“Selain itu, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) di setiap negeri juga diarahkan supaya sentiasa mengadakan pengawasan dan pemantauan rapi serta diminta melaporkan segera kepada kementerian jika terdapat jangkitan.

“Ladang yang terlibat dengan penyakit ini, kita telah minta mereka asingkan lembu-lembu itu kerana penyakit LSD ini hanya berjangkit sesama ternakan melalui kontak rapat haiwan itu serta tidak merebak mahupun membahayakan manusia,” katanya kepada pemberita di Ayer Keroh di sini, semalam.

Terdahulu, Ahmad hadir menyampaikan bekalan buah-buahan dan bantuan selimut menerusi Program MAFI Prihatin di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MiTC)

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 07 Jun 2021

Suara Sarawak