ARTIKEL

Datuk Captain Izham Ismail

MAG komited selesaikan penjualan MASwings kepada Sarawak selewat-lewatnya Dis 2024

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pada minggu lepas, Pengarah Urusan Kumpulan Malaysian Aviation Group (MAG), Datuk Captain Izham Ismail, dilaporkan oleh akhbar Malay Mail sebagai berkata penjualan MASwings kepada Kerajaan Negeri Sarawak mengambil masa kerana ia adalah satu urusan yang amat besar.

Walaupun demikian, MAG berkata mereka komited kepada usaha untuk melihat penjualan itu dimuktamadkan pada hujung tahun ini dengan memastikan kedua-dua pihak mendapat manfaat daripada penjualan itu demi kesenangan pengguna.

“MAG padu dalam sokongannya kepada Kerajaan Negeri Sarawak dengan menunaikan perjanjian yang kami meterai pada 2023 tetapi semua kita harus mengaku bahawa urusan yang begitu besar bukanlah satu tugasan yang mudah,” kata Izlam pada 21 Mac lepas ketika melancarkan laporan tahunan MAG bagi 2023.

“Ia meliputi penilaian, penelitian sewajarnya, dan persetujuan daripada penyedia perkhidmatan yang melayan kita sekarang.

“Banyak pintu perlu dibuka dan ditutup, dan paling penting sekali urus tadbir dan integriti kedua-dua pihak terjejas.

“Satu urusan yang jelas di mana tiada yang rugi dan untung, dan ia demi manfaat negara dan bangsa.

“MAG dan Khazanah komited untuk memastikan kedua-dua pihak bekerja sama memastikan kita mencapai sasaran-sasaran tersebut.

“Saya perlu nyatakan bahawa dalam mana-mana perjanjian, ia biasanya memakan masa setahun atau lebih tetapi dalam kes ini, ia adalah satu penggabungan dan perolehan yang dipercepatkan dengan sangat pantas dan tidak pernah berlaku sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Strategi dan Transformasi Kumpulan, Bryan Foong, berkata mereka sedang berusaha untuk keluar dari MASwings selewat-lewatnya pada bulan Disember.

“Bagi kami, kami bekerja sangat keras untuk menepati garis masa dan jangkaan Sarawak dan pengumuman telah dibuat mengenai usaha untuk mencapai sesuatu yang nyata menjelang Mac dan MAG tidak akan ada pembabitan dengan MASwings menjelang hujung tahun 2024.

“Kita sedang bekerja ke arah garis masa itu.

“Namun saya akan menyatakan bahawa ia memerlukan kedua-dua pihak untuk bekerja rapat bagi mencapainya,” tambahnya.

Kerajaan Sarawak akan menaik taraf MASwings kepada sebuah syarikat penerbangan serantau daripada sebuah penyedia perkhidmatan udara luar bandar selepas pengambilannya daripada pihak berkuasa persekutuan.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, telah menyatakan mereka mahu memperluaskan penerbangan udaranya ke rantau berhampiran, terutamanya Hong Kong, Shenzhen di China, Singapura, Indonesia dan negara lain di Asia Tenggara.

BERITA LAIN

Nikmati tawaran bermusim HONOR Magic

KUCHING: Berikutan permintaan tinggi HONOR Magic6 Pro dalam warna unggu awan (cloud purple), HONOR bakal membawakan varian tersebut dan pembelian bermula pada 31 Mei ini.

Langkah lebih adil, tepati keperluan

KUALA LUMPUR: Komitmen kerajaan untuk melaksanakan penyasaran subsidi bahan api diesel disifatkan menepati keperluan rakyat dan ia langkah lebih adil dalam mengagihkan bantuan kepada golongan

BERITA TERBARU