ARTIKEL

MagnumCares teruskan CSR, rai kemeriahan Gawai

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: MagnumCares, cabang Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) kepada Magnum 4D terus mengekalkan tradisinya untuk meraikan sambutan Hari Gawai bersama-sama masyarakat Dayak.

Naib Presiden Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Komersial Kumpulan Datuk Chan Chee Fai berkata, MagnumCares turut menjangkau pelbagai penempatan Dayak di Kuching, Miri, Bintulu dan Sibu dengan menyediakan keperluan makanan kepada 414 keluarga dari tujuh penempatan Dayak serta sumbangan derma kepada lapan rumah kebajikan di seluruh kawasan tersebut.

“Sumbangan berjumlah RM48,840 ini diedarkan dalam bentuk pek perayaan, keperluan rumah asas dan cek sumbangan yang disampaikan kepada penduduk kampung serta rumah kebajikan yang dikenal pasti untuk membawa kegembiraan buat mereka.

“Usaha ini sebagai sebahagian daripada langkah MagnumCares memartabatkan budaya dan tradisi suku kaum Dayak, di samping menyokong aktiviti pelancongan di kawasan luar bandar yang meningkatkan mutu kehidupan masyarakat di Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Tambah beliau, ini adalah tahun ke-14 MagnumCares melaksanakan tanggungjawab korporat mereka di Sarawak serta meraikan keceriaan perayaan itu dengan komuniti tempatan.

Selain itu katanya, MagnumCares turut bersyukur kerana diberi peluang untuk meraikan acara istimewa tersebut dengan komuniti Dayak.

“Pihak Magnum juga ingin mengucapkan selamat menyambut Gawai kepada semua rakan-rakan Dayak dan kami berharap dapat meneruskan sokongan untuk tahun akan datang,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Malaysia langkah kanan, tuai dua pingat gangsa

PETALING JAYA: Malaysia memulakan kempen Kejohanan Tenpin Boling Remaja Asia ke-23 dengan langkah positif selepas menuai dua pingat gangsa pada hari pertama saingan yang berlangsung

Kerap pantau harga barang

SIBU: Impak kenaikan harga diesel di Semenanjung kemungkinan akan memberi kesan kepada Sabah dan Sarawak. Kebimbangan ini disuarakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit