Trending

Mahalakxmi Krishnamoothi bawa imej budaya Malaysia di pentas ratu cantik dunia

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

MEMBAWA imej Malaysia ke pentas antarabangsa Mrs Glamour Look World di Manila, Filipina.

Demikian advokasi ratu cantik berbangsa India, Mahalakxmi Krishnamoothi yang mewakili Malaysia bagi pertandingan ratu cantik antarabangsa tersebut pada penghujung November ini. 

Katanya, rakyat Malaysia sepatutnya bangga kerana mampu hidup dengan harmoni walaupun berbeza kaum, bangsa dan agama.

“Walaupun datang dari Semenanjung Malaysia, Sabah atau Sarawak, keunikan yang terdapat dalam setiap budaya harus dimanfaatkan di pentas antarabangsa,” katanya kepada Suara Sarawak.

Berkongsi pengalaman berkunjung ke Kuching baru-baru ini, Mahalakxmi atau mesra dengan nama Maha amat mengagumi keindahan negeri ini seperti di tebingan sungai Kuching, Kampung Budaya Sarawak (SCV) dan muzium.

 Selain itu, dia berpeluang menikmati makanan ikonik seperti laksa Sarawak dan mi kolok serta dilayan dengan mesra sebagai tetamu oleh komuniti tempatan membuatkan hatinya teruja sepanjang berada di sini. 

Maha mengharapkan sokongan dan doa daripada semua untuk kejayaannya di pentas Mrs Glamour Look World yang berlangsung pada 27 November sehingga 2 Disember ini.

Menyentuh pencapaian dalam bidang ratu cantik, Maha pernah dinobatkan sebagai Naib Johan Ratu Sri Kandi Malaysia pada 2022. 

Dia juga pernah menjadi juri untuk tiga buah pertandingan iaitu, I Am Model Search (IAMS) International Malaysia 2023, The Ultimate Model Search 2023 dan Mrs Malaysia 2023.

“Selain bidang kecantikan, saya juga aktif dalam bidang lakonan dengan membintangi Vanavil & Vimmeen Theater Film dan Astro Series,” dedahnya. 

Membawa imej Tamilachi dengan penampilan manis dan cantik, mencerminkan seluruh diaspora Tamil di pentas dunia.

Dalam masa yang sama, Maha menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua yang menyokong beliau sehingga hari ini, keluarga, suami tercinta dan anak-anak, rakan sekerja dan para peminat yang sentiasa mengikuti perkembangannya.

Selain itu, penghargaan turut dituju kepada pengasas Double Event Management selaku pengurusnya, Faiz Noh dan rakannya Mrs Global Asian 2023, Kimi Tomas kerana menjadi pendorong untuk beliau di pentas ratu cantik. 

Marilah sama-sama memberi sokongan dan jadikan Maha sebagai pemenang dengan memberikan undian secara dalam talian di laman sesawang rasmi pertandingan tersebut.

Sempena Deepavali ini, Maha juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut hari Deepavali kepada seluruh rakyat Malaysia beragama Hindu yang meraikan perayaan tersebut.

“Semoga perayaan ini menyemarakkan lagi semangat perpaduan di bumi tercinta ini.

“Senyuman yang lebar dalam pesta cahaya dengan penerapan jalinan kasih sayang sesama kita, sebagai rakyat perpaduan di negara ini,” katanya. 

Sebagai wanita yang bekeluarga dan bekerjaya, Maha ingin menyeru para wanita di luar sana supaya tidak berputus asa dalam memperjuangkan cita-cita dan impian hidup. 

Untuk mengikuti perkembangan terkini, boleh lawati laman Instagram; Maha |Mrs Glamour Look World Malaysia 2023.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Lenggok zapin Melayu

ZAPIN berasal dari tradisi Tarian Zafana Orang Arab dari Hadramaut,

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru