ARTIKEL

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof (tengah) berucap pada Program MPP Eid Fiesta anjuran Majlis Perwakilan pelajar (MPP) Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC) UiTM. Turut hadir, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Prof Emeritus Datuk Dr Reduan Che Rose (dua, kanan) dan Naib Canselor UiTM, Datuk Prof Dr Shahrin Sahibuddin (dua, kiri).

Mahasiswa perlu bina rangkaian untuk memasuki alam pekerjaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SHAH ALAM: Golongan mahasiswa harus menggunakan masa di universiti berkenal-kenalan antara satu sama lain, khususnya dalam membina rangkaian yang boleh dimanfaatkan semasa memasuki alam pekerjaan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata rangkaian yang besar itu boleh digunakan setelah mereka menamatkan alam universiti untuk mencari pekerjaan dalam pelbagai bidang.

“Ada yang mungkin (bekerja) ke bidang politik, ada dalam pentadbiran atau perniagaan. Jadi, rangkaian inilah yang akan menguatkan apa sahaja bidang yang akan diceburi.

“Inilah masanya untuk kita mengenali satu sama lain,” katanya dalam ucapan bersempena dengan majlis hari raya MPP Eid Fiesta anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam di sini semalam.

Dalam pada itu, Fadillah turut menasihati pelajar untuk sentiasa fokus dalam pelajaran serta apa sahaja perkara yang dilaksanakan ketika berada di universiti.

“Jadi, saya mendoakan anak-anak pelajar agar berjaya kerana Malaysia memerlukan anda semua untuk terus memacu pembangunan negara pada masa akan datang.

“Hal ini kerana zaman sekarang jika tidak ada ilmu, tidak ada pengetahuan dan kemahiran, kita akan berdepan dengan cabaran kehidupan yang lebih sengit. Jadi, timbalah ilmu sebaiknya,” kata beliau.

Dalam majlis itu, Fadillah turut berkesempatan menyerahkan sumbangan kepada 20 pelajar UiTM terdiri daripada golongan asnaf dan Orang Kurang Upaya (OKU) di samping beramah mesra dengan pelajar-pelajar. — BERNAMA

BERITA LAIN

Hari Wesak disambut meriah seluruh negara

KUALA LUMPUR: Hari Wesak disambut meriah di seluruh negara dengan ribuan penganut Buddha memenuhi tokong di negeri masing-masing sejak awal pagi ini. Di Kuala Lumpur,

Arab Saudi permudahkan urusan jemaah haji Malaysia

SEPANG: Pelaksanaan inisiatif Makkah Route untuk kali keenam membuktikan pengiktirafan antarabangsa dan keyakinan pihak Arab Saudi terhadap kecekapan pengurusan operasi haji yang dikendalikan oleh Lembaga

BERITA TERBARU

Hari Wesak disambut meriah seluruh negara

KUALA LUMPUR: Hari Wesak disambut meriah di seluruh negara dengan ribuan penganut Buddha memenuhi tokong di negeri masing-masing sejak awal pagi ini. Di Kuala Lumpur,