Banjir kilat di sekitar Bandar Raya Kuching

Mahir mencium bau rusa

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Gambar hiasaa
Gambar hiasaa

RUSA sekarang sudah diternak oleh Sarabif. Kita boleh membeli dagingnya di kaunter jualan Sarabif atau ejen sah mereka. Daging rusa liar amat sedap dibakar dan dimasak kari. Kini jarang atau tidak ada lagi daging rusa liar di pasaran.

Minggu ini kita berborak tentang rusa dan menjaring rusa liar. Ini berdasarkan pemerhatian dan pengalaman saya di kampung tempat saya dibesarkan, Kampung Serdeng di Daerah Daro.

Kampung Serdeng, semasa saya masih budak-budak dan bersekolah di sana dari darjah satu hingga empat, ia terkenal sebagai sumber daging rusa. Sebulan sekurang-kurangnya seekor atau dua ekor rusa boleh ditangkap hidup-hidup, dan disembelih di tapak ia ditangkap.

Terdapat sebuah keluarga tinggal di Kampung Hulu yang merupakan keluarga pakar menangkap rusa, menggunakan jaring rotan. Jaring itu buatan sendiri. Apa yang saya tahu jaring itu memang tidak ada dijual di mana-mana kedai. Jaring rusa merupakan serangkaian gelung rotan yang buka bulatan relungnya sekitar semester. Berpuluh-puluh relung dirangkai bersambung-sambung. Setiap relung dibuka seluas-luasnya apabila dipasang untuk menjerat rusa.

Di kampung itu seingat saya tiada orang lain yang memiliki jaring rusa. Maka kerja menjaring itu dimonopoli oleh keluarga berkenaan sepanjang tempoh saya tinggal di kampung itu sebelum berpindah ke Daro untuk masuk kelas darjah lima dan enam.

Keluarga pula ada kemahiran khas mencium bau rusa jika haiwan itu merayau-rayau di belakang kampung atau di dalam hutan seberang sungai. Hutan-hutan di sekitar kampung pada masa itu adalah hutan tua yang belum dimiliki sesiapa. Anggota keluarga ini entah bagaimana, boleh menghidu bau rusa walaupun jauh di tengah hutan.

Apabila mereka sudah dapat mencium dan masuk ke hutan untuk memastikan lokasi rusa mereka terus meletakkan jaring di sekeliling kawasan tersebut.

Kemudiannya mereka balik untuk memberitahu orang kampung mengenai penemuan mereka.

Satu amalan yang amat mulia diamalkan ialah mereka tidak akan pergi sendirian atau keluarga mereka sahaja. Semua orang kampung kecil besar dijemput sama masuk hutan. Malah kalau ada kanak-kanak yang terpaksa didukung untuk masuk ke hutan, mereka boleh dibawa dan seramai mungkin boleh sama-sama masuk hutan.

Tetapi semasa masuk ke hutan tidak boleh buat bising atau bercakap-cakap. Mesti diam. Sampai sahaja di kawasan sekeliling tempat rusa untuk makan paku midin mereka memandu orang ramai untuk mengambil tempat, mengeliling kawasan itu dan mengangkat mata jarring ke atas dengan tangan.

Apabila relung mata jaring sudah diangkat mereka terus berteriak dan semua orang akan ikut berteriak sama. Riuh rendahlah hutan ketika itu sehingga mengejutkan rusa yang sudah dikelilingi itu yang akan angkat dan berlari kencang cuba keluar.

Rusa tidak akan dapat lari kerana sudah ada manusia mengelilingi kawasan. Apa yang menarik adalah ketika cuba melarikan diri dan ternampak relung jaring atau mata jaring rusa bukan melompat tinggi untuk membebaskan diri dari perangkap.

Sebaik rusa menundukkan kepala dengan tanduk yang panjang dan memasukkan kepalanya ke mata jaring, barulah ia cuba melarikan diri.

Namun semuanya sudah terlambat, relung jaring sudah mengetatkan dan semakin rusa cuba melarikan diri kerana takut dengan teriakan pemburu.

Memang ada rusa cuba melarikan diri dari relung rotan yang menjerat lehernya. Kalau rupa nampak terlalu liar dan kuat serta mungkin akan terlepas maka ia akan ditembak dan terus disembelih.

Rusa yang sudah disembelih di tengah hutan terus dilapah dan dibahagikan sama rata ikut tubuh bukan ikut usia.

Dengan itu budak kecil yang datang dikendung atau didukung mendapat bahagian sama banyak dengan orang dewasa yang membawa atau mendukungnya.

Alasan atau petua itu dipegang kerana tidak dapat dipastikan suara siapa atau kehadiran siapa yang menakutkan rusa lalu menundukkan kepala semasa cuba melarikan diri.

Satu lagi petua yang sentiasa dipatuhi adakah senapang dan jaring masing-masing mendapat satu bahagian dan tanduk rusa menjadi hak pemilik jaring.

Kalau orang lain berhajat harus membeli tanduk itu daripada yang berhak. Di rumah pemilik jaring banyak tanduk yang kelihatan gagah yang kadangkala dihadiahkan kepada para pengunjung atau pelawat dari luar kampung. Apa yang hendak ditonjolkan dalam kisah ini ialah amalan berbahagi hasil tangkapan sehingga orang yang tidak memiliki apa-apa, dan hanya pergi untuk berteriak dapat sama banyak daging dengan orang yang masuk dengan senjata.

Saya tidak pasti di tempat lain adakah amalan demikian.

Dan tidak pasti apakah petua turun-temurun atau kaedah dicipta oleh keluarga berkenaan. Amalan itu amat berkesan, memupuk kerjasama dan dan keharmonian serta silaturahim sudah berkurangan atau tiada – sudah direntasi jalan raya.

Dan jika kawasan itu yang dahulunya banyak rusa liar kerana tumbuhan kegemaran rusa di sana bolehkah ia dijadikan ladang rusa, untuk menjadi sumber rezeki orang kampung.

Jadi berubahlah corak hidup mereka menjadi pengembala rusa.

E-Paper

19 Mac 2023

Latest News