ARTIKEL

Mahkamah benarkan Najib dan keluarga periksa barang yang dirampas SPRM

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan keluarga boleh menjalankan pemeriksaan secara fizikal ke atas barang yang didakwa berhubung kait dengan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dirampas oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ini susulan keputusan oleh hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan hari ini yang memerintahkan pendakwa raya membenarkan Najib dan ahli keluarganya secara fizikal memeriksa barang berkenaan.

Dalam penghakimannya, Hakim Mohamed Zaini berkata, Najib, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan anaknya, Nooryana Najwa  perlu diberi peluang untuk memeriksa barang yang dirampas itu.

Hakim berkata, responden (pendakwaan) yang bimbang terhadap aspek keselamatan boleh memastikan pemeriksaan itu dilakukan dalam premis yang dikawal oleh mereka dengan langkah-langkah keselamatan yang ditetapkan.

“Saya tidak mampu mengukur bagaimana pergerakan barang ini boleh menyebabkan kemerosotannya. Keutamaan saya adalah bagi membolehkan pemohon (Najib dan keluarganya) peluang untuk menyuarakan pembelaan mereka dalam hubungan permohonan pelucuthakan responden.

BERITA LAIN

Penjaga parkir ditemukan meninggal dunia

BAU: Seorang penjaga parkir warga Indonesia ditemukan meninggal dunia di rumah sewanya di Kampung Serikin, pagi tadi, dengan pemeriksaan awal mendapati tiada unsur jenayah. Ketua

Jambatan Batang Paloh ubah rutin penduduk

DARO: Penantian penduduk sekitar Batang Paloh untuk menikmati perjalanan lebih mudah bakal berakhir dengan siapnya Jambatan Batang Paloh yang menggantikan kebergantungan terhadap perkhidmatan feri. Bagi

BERITA TERBARU