ARTIKEL

Mahkamah di China jatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas warga AS kerana mengintip

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BEIJING: Mahkamah di China menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas warga Amerika Syarikat (AS) berusia 78 tahun atas tuduhan mengintip, lapor Agensi Berita (dpa) Jerman.

John Shing-Wan Leung yang memiliki pasport AS dan menetap di Hong Kong, disabitkan bersalah oleh mahkamah di bandar timur Suzhou dekat Shanghai, pada Isnin.

Aset Leung bernilai kira-kira 500,000 yuan (US$72,000) turut dirampas.

Tidak banyak maklumat diperoleh mengenai dakwaan terhadap Leung selain dia ditahan pada April 2021.

Sejak hubungan antara kedua-dua negara semakin merosot beberapa tahun kebelakangan ini, AS turut mengambil tindakan terhadap warga China yang dituduh mengintip.

Sementara itu, pihak berkuasa China memulakan siasatan pengintipan ke atas firma perunding asing yang beroperasi di negara itu dengan menggelidah pejabat syarikat berkenaan di Beijing, Shanghai, Shenzhen, Suzhou dan bandar-bandar lain.

Pada hujung April, China meminda undang-undang pengintipan untuk turut meliputi bukan sahaja rahsia negara malah “kepentingan negara” yang tafsirannya kurang jelas. – BERNAMA

BERITA LAIN

Thailand serah surat rasmi sertai BRICS

BANGKOK: Thailand secara rasmi telah menghantar surat hasrat untuk menyertai organisasi antara kerajaan yang terdiri daripada Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan, yang dikenali dengan

19 maut akibat strok haba di India

NEW DELHI: Sekurang-kurangnya lima orang maut akibat strok haba di ibu kota India dan hampir 14 lagi meninggal dunia di bandar jiran Noida dalam tempoh

BERITA TERBARU