ARTIKEL

Magistrates arrive at the International Court of Justice (ICJ) to hear South Africa's request on a Gaza ceasefire, in The Hague, on May 24, 2024, amid the ongoing conflict between Israel and the Hamas movement. Pretoria has urged the International Court of Justice to order an "immediate" stop to Israel's campaign, including in the southern area of Rafah, and facilitate access of humanitarian aid. (Photo by Nick Gammon / AFP)

Mahkamah keadilan arah hentikan serangan di Rafah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LONDON/GENEVA: Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada Jumaat mengarahkan Israel untuk segera menghentikan serangan ketenteraannya di Rafah, sebuah bandar di selatan Semenanjung Gaza yang diserang sejak 6 Mei, lapor Agensi Anadolu.

“Israel mesti segera menghentikan serangan ketenteraannya atau sebarang tindakan lain di wilayah Rafah yang boleh menyebabkan kumpulan Palestin di Gaza, keadaan hidup yang boleh membawa kemusnahan fizikal secara keseluruhan atau sebahagian,” kata Presiden ICJ, Hakim Nawaf Salam.

Hakim tersebut membacakan perintah berkaitan langkah sementara tambahan yang diminta oleh Afrika Selatan dalam kes genosid yang berterusan terhadap Israel.

ICJ mengatakan perubahan dalam perintahnya pada 28 Mac adalah berdasarkan perubahan keadaan akibat serangan ke atas Rafah, iaitu rakyat Palestin yang dipindahkan berlindung daripada perang yang bermula pada Oktober.

Menurut agensi Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu (PBB), lebih daripada 800,000 orang melarikan diri dari bandar tersebut akibat pencerobohan darat.

Keputusan mahkamah itu juga menyatakan bahawa Israel belum melakukan tindakan yang cukup atau memadai untuk menangani dan menghilangkan kebimbangan berkaitan kesan negatif operasi ketenteraannya di Rafah.

ICJ juga meminta Israel untuk mengekalkan lintasan sempadan Rafah terbuka bagi membolehkan akses tanpa halangan perkhidmatan asas dan bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Ia mengarahkan Tel Aviv untuk menyerahkan laporan berhubung langkah-langkah yang diambil berdasarkan perintah terbaharu itu dalam tempoh sebulan.-Bernama-Anadolu

BERITA LAIN

Buli siber beri kesan serius kepada kehidupan mangsa

BERLIN: Menteri-menteri Dalam Negeri negeri-negeri Persekutuan Jerman sedang meneliti sama ada untuk memperkenalkan kesalahan jenayah berasingan bagi pembulian siber, lapor agensi berita Jerman (dpa). Cadangan

BERITA TERBARU