ARTIKEL

Mahkamah keluar perintah larang mana-mana pihak berhimpun di Mahkamah Sibu esok

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Mahkamah mengeluarkan perintah sementara bagi melarang mana-mana pihak  mengadakan perhimpunan di Mahkamah Sibu, esok. 

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, perintah itu di keluarkan setelah pihak polis menerima maklumat mengatakan satu perhimpunan akan diadakan. 

Katanya, perintah tersebut dikeluarkan di bawah Seksyen 98 Tatacara Jenayah iaitu perintah sementara menghalang perhimpunan dalam kes-kes kacau ganggu yang dikeluarkan selama seminggu, bermula esok sehingga 23 Oktober depan.

“Perintah tersebut turut menghalang kehadiran lapan penama untuk menghadiri perhimpunan tersebut iaitu Mathew Mudai Umpi, Jonas Ling Lee King, Andrew Lau Chii Chuong, Alistair Lau Chii Kiat, Chua Yieng Hui, Lawrence Clement Ahsay, Napoleon Lawik, dan Alim@Giovanni Adlim Mideh.

“Sekiranya penama-penama ingkar perintah tersebut melakukan kesalah yang boleh dihukum di bawah Seksyen 188 Kanun Keseksaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, di sini hari ini.

Mohd Azman berkata, jika disabitkan kesalahan boleh di hukum penjara selama tempoh yang boleh sampai sebulan atau denda yang boleh sampai RM400 atau kedua-duanya sekali.

Tambahnya, jika keingkaran menyebabkan bahaya kepada nyawa atau mungkin menyebabkan rusuhan hendaklah di hukum dengan penjara yang boleh sampai enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali. 

Sehubungan itu, beliau berkata, polis menasihatkan orang ramai agar tidak hadir bagi menyatakan sokongan terhadap mereka yang terlibat dalam perbicaraan tersebut. 

Katanya, tindakan memberikan sokongan sedemikian dikhuatiri boleh mendatangkan suasana boleh mendatangkan suasana yang boleh mengancam keamanan dan ketenteraman awam.

Dalam masa yang sama tegasnya, polis akan mengambil tindakan ke atas pihak-pihak yang cuba mengajak dan menghasut orang ramai untuk berhimpun di kawasan atau pekarangan mahkamah pada hari tersebut.

LAIN-LAIN BERITA

Berita yang menyedihkan – Datuk Sim Kiang Chiok

KUCHING : Pengerusi Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA) Cawangan Kuching Datuk Sim Kiang Chiok, menyifatkan pemergian bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Abdul Taib

Suasana hiba di kediaman Tun Taib

KUCHING: Suasana hiba dan sayu menyelubungi persekitaran kediaman Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, petang ini. Keadaan cuaca mendung turut seakan-akan turut berduka dengan

BERITA TERBARU

Berita yang menyedihkan – Datuk Sim Kiang Chiok

KUCHING : Pengerusi Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA) Cawangan Kuching Datuk Sim Kiang Chiok, menyifatkan pemergian bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Abdul Taib

Projek ART Johor bechuntoka pemujur Sarawak

KUCHING: Sistem Transit Aliran Autonomi (ART) di Sarawak deka nyadi malin ungkup projek ART ti deka dipejalai di nengeri Johor. Perintah Nengeri Johor benung ngelanggur