ARTIKEL

Wan Muhammad Azri Wan Deris @ Papagomo

Mahkamah perintah Papagomo tidak keluarkan kenyataan berkaitan kes hasutan dihadapinya

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan blogger, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo, untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau komen berkaitan pertuduhan menghasut yang dihadapinya.

Hakim Datuk Noorin Badaruddin membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan pendakwaan untuk menyemak semula keputusan Mahkamah Sesyen yang menolak permohonan perintah larangan bersuara (mengeluarkan kenyataan) itu.

“Perintah larangan bersuara yang dipohon pihak pendakwaan adalah dibenarkan setakat responden (Wan Muhammad Azri) tidak membuat sebarang komen atau hantaran berkaitan dengan pertuduhan hingga kes ini selesai,” katanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Datin Kalmizah Salleh, berkata perintah larangan itu penting bagi menghalang kekecohan berlaku, akibat komen yang dikeluarkan menyentuh pertuduhan yang dihadapi tertuduh.

“Sebelum keadaan kecoh, kami membuat permohonan larangan bersuara kerana pihak yang terlibat dalam kes ini ialah Yang di-Pertuan Agong, dan baginda tidak membuat sebarang komen dalam media sosial,” katanya.

Peguam Muhammad Rafique Rashid Ali, yang mewakili Wan Muhammad Azri, memohon agar semakan itu ditolak kerana permohonan tersebut tidak menyatakan butiran terperinci berhubung kesannya kepada ketenteraman awam jika larangan bersuara tidak dikenakan terhadap anak guamnya.

Pada 2 Mei lalu, Wan Muhammad Azri, 41, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan mengeluarkan penerbitan menghasut berkaitan isu pemilik KK Supermart & Superstore Sdn Bhd menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di laman Twitter atau X miliknya.

Bekas Exco Pemuda UMNO itu didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kondominium di Bukit Bintang di sini pada jam 12 tengah hari, 29 April.

Pertuduhan mengikut Perenggan 4(1)(c) Akta Hasutan 1948, yang boleh dihukum di bawah subseksyen 4(1) akta sama, membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

BERITA LAIN

Kekalkan keamanan dan kestabilan politik – Tiong Sii

SARIKEI: Kestabilan kerajaan di bawah pentadbiran Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) membolehkan pelbagai agenda pembangunan berteraskan kesejahteraan rakyat dapat dilaksanakan. Timbalan Menteri Sumber Asli dan

Ibu Menteri Pendidikan meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Ibu kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, Datin Dr Siti Zalikhah Mohd Nor, meninggal dunia pada 9.30 pagi tadi. Perkara itu dimaklumkan oleh Pejabat

Polis lumpuhkan sindiket penipuan guna fail APK

KUALA LUMPUR: Polis berjaya melumpuhkan sindiket penipuan yang menggunakan fail aplikasi APK (android package kit) ekoran penahanan dua lelaki tempatan dalam serbuan di Pulau Pinang

BERITA TERBARU