Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Mahkamah Tinggi Kuching perintah tujuh ahli S4S bela diri

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Tujuh responden yang merupakan ahli S4S mengambil gambar di luar Mahkamah Kuching.

KUCHING: Mahkamah Tinggi Kuching hari ini, memerintahkan tujuh ahli ‘Sarawak For Sarawakian’ (S4S) membela diri atas pertuduhan enggan berdiri ketika lagu Negaraku dimainkan dalam sebuah majlis makan malam, dua tahun lalu.

Hakim Datuk Zaleha Rose Pandin memutuskan demikian terhadap Leong Shaow Tung, Kon Tai Keong, Bong Sak Sin, Andrew Chong, Phang Ngin Pen, Tan Kok Chiang dan Kui Ping Ping selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap responden yang berusia 34 hingga 65 tahun.

Mengikut pertuduhan, kesemua tertuduh melakukan perbuatan tidak berdiri sebagai tanda hormat ketika lagu Negaraku berkumandang dalam satu majlis makan malam di Hotel Telang Usan pada pukul 7.15 malam 27 September 2019.

Oleh yang demikian, mereka didakwa mengikut Seksyen 8(3) Akta Lagu Kebangsaan 1968, yang dibaca sekali di bawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda maksimum RM100 atau penjara tidak melebihi sebulan jika sabit kesalahan.

Difahamkan, mereka melakukan tindakan tersebut bagi menunjukkan bantahan berkaitan kemelut isu pemberian royalti minyak 20 peratus kepada negeri ini.

Sebelum ini, kesemua tertuduh juga mengaku tidak bersalah di hadapan Mahkamah Majistret semasa pendakwaan kes dilakukan pada 11 Oktober 2019.

Pada prosiding hari ini, Timbalan Pendakwa Raya Musli Abdul Hamid bertindak sebagai plantif manakala responden diwakili peguam Arthur Lee.

Perbicaraan peringkat bela diri ditetapkan 28 Oktober ini.

E-Paper

21 Mac 2023

Latest News