ARTIKEL

Mahkamah tolak rayuan Petronas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan semalam menolak rayuan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) untuk melucutkan kelayakan seorang Pesuruhjaya Kehakiman (JC) daripada mendengar saman dikemukakan Kerajaan Sarawak terhadap perbadanan itu berhubung Cukai Jualan Negeri (SST) yang tidak dibayar berjumlah RM1.3 bilion.

Panel tiga hakim dipengerusikan Hakim Datuk Dr Badariah Sahamid memutuskan tiada asas untuk Pesuruhjaya Kehakiman Christopher Chin menarik diri daripada mendengar saman itu.

“Pada pandangan kami, permohonan untuk melucutkan kelayakan ini, yang ia secara tidak langsung ada kaitan dengan Perdana Menteri.

“Jika dibenarkan, ia boleh membawa kesan merumitkan dan menyebabkan lucutnya kelayakan Pesuruhjaya Kehakiman dalam banyak kes.

“Di mana semua ini akan berakhir? Tidak ada jawapan mudah untuk semua soalan sukar,” katanya.

Walaupun ada peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan Hakim Badariah berkata, Perdana Menteri di bawah undang-undang perlu mendukung kebebasan badan kehakiman.

“Kami seterusnya terikat dengan Seksyen 27 Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) yang tidak membenarkan perdana menteri meminta nama tambahan selain daripada nama yang telah dicadangkan oleh JAC.

“Ini merupakan skim perundangan dalam konteks untuk pengesahan sebagai JC dan kemudiannya dinaikkan pangkat sebagai hakim Mahkamah Tinggi,” katanya.

Hakim Badariah, bagaimanapun, mengetepikan kos RM50,000 yang diberikan Mahkamah Tinggi kepada Pengawal Cukai Jualan Negeri (SST) dan Kerajaan Sarawak.

Panel itu yang juga dianggotai Hakim Datuk Vazeer Alam Mydin Meera dan Hakim M. Nantha Balan sebulat suara menolak rayuan Petronas.

Pada 14 Jan tahun ini, Petronas memohon untuk melucutkan kelayakan Chin daripada mendengar saman itu atas dakwaan JC akan membuat keputusan yang memihak kepada Perdana Menteri berikutan khidmatnya sebagai JC adalah untuk tempoh percubaan dan tertakluk untuk disahkan sebagai Hakim Mahkamah Tinggi oleh Perdana Menteri, yang juga merupakan individu yang mempunyai kuasa penuh terhadap Petronas.

Chin menolak permohonan Petronas untuk melucutkan kelayakannya daripada mendengar saman itu pada 23 Januari tahun ini.

Kerajaan Sarawak dan Pengawal Cukai Jualan Negeri (SST) memfailkan saman terhadap Petronas untuk mendapatkan SST berjumlah lebih RM1.3 bilion yang tidak dibayar oleh syarikat minyak dan gas negara itu kepada kerajaan negeri.

Pendengaran saman itu di Mahkamah Tinggi ditetapkan pada 13 Mac. Peguam Datuk Malik Imtiaz Sarwar mewakili Petronas manakala Penasihat UndangUndang Kerajaan Negeri Sarawak Datuk Seri J C Fong mewakili Kerajaan Sarawak dan Komptroller SST.

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

A310 VISION tampil futuristik

ALPINE memperkenalkan A310 Vision, sebuah kereta konsep eksklusif sempena ulang tahun ke-55 pengenalan model kereta sukan A310 pada 1971. Kereta konsep yang dihasilkan dalam satu