Banjir kilat di sekitar Bandar Raya Kuching

Mahukan PBB yang sangat stabil

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Premier Sarawak merangkap Presiden PBB, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika ditemu-bual selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Yang Dipertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri, Toh Puan Ragad Kurdi Taib di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini.

KUCHING: Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan pengekalannya sebagai Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mencerminkan keyakinan khususnya akar umbi terhadap kepimpinannya.

Selain itu, beliau yang juga Premier Sarawak merangkap Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) merasakan keputusan itu menunjukkan ahli PBB mahukan parti yang sangat stabil.

“Terima kasih di atas keyakinan mereka terhadap saya.

“Seperti yang anda tahu, kita bersama-sama parti komponen yang mentadbir negeri mesti mempunyai kerajaan yang sangat ke hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemu-bual selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Yang Dipertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri, Toh Puan Ragad Kurdi Taib di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini.

Beliau mengulas mengenai keputusan mesyuarat kesemua cawangan PBB yang sebulat suara mengekalkan jawatan nombor satu parti itu kepadanya tanpa dipertandingkan sempena Mesyuarat Agung Tritahunan PBB yang dijangka diadakan pada Jun nanti.

Turut dikekalkan jawatan timbalan presiden, yang disandang oleh Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Premier Sarawak merangkap Presiden PBB, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika ditemu-bual selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Yang Dipertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri, Toh Puan Ragad Kurdi Taib di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini.

E-Paper

19 Mac 2023

Latest News