Majikan mesti daftar pekerja mereka untuk program vaksinasi

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) memutuskan agar semua majikan termasuk sektor perkhidmatan, perhotelan, pembinaan, pembuatan dan perladangan perlu mendaftarkan senarai nama pekerja mereka ke Pejabat Residen Bahagian berdekatan. 

Menurut kenyataan JPBNS hari ini, perkara tersebut mesti dibuat sebelum 12 April 2021 untuk tujuan vaksinasi Covid-19.

Dalam pada itu, JPBNS memaklumkan Daerah Matu, Pakan dan Marudi telah bertukar status daripada Hijau ke Kuning setelah masing-masing merekodkan satu kes jangkitan tempatan baharu pada hari ini.

Manakala, Daerah Subis pula telah kembali ke status Kuning dari Jingga setelah merekodkan hanya 18 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas. 

Justeru, ia menjadikan jumlah daerah berstatus Kuning telah meningkat kepada 20 daerah.

Sehubungan itu, Daerah Bukit Mabong telah bertukar status daripada status Kuning ke Jingga setelah merekodkan sejumlah 30 kes jangkitan kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Manakala 12 daerah kekal berstatus Merah dan enam daerah Hijau

Suara Sarawak