PUTRAJAYA: Majikan perlu menyediakan pusat kuarantin untuk mengasingkan pekerja asing mereka yang disahkan positif COVID-19, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan.
Beliau dalam kenyataan hari ini berkata kos perbelanjaan perubatan serta penyaraan pekerja asing semasa tempoh pengasingan tersebut turut dibiayai oleh majikan masing-masing.
Majikan juga digesa melaporkan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) dengan segera sekiranya ada dalam kalangan pekerja asing mereka, positif COVID-19 selepas saringan dilakukan, katanya.
“Majikan perlu bertindak lebih proaktif dalam membendung penularan pandemik COVID-19 dalam kalangan pekerja asing yang mereka gajikan. Ini susulan peningkatan kes positif COVID-19 yang telah mencecah lebih 125,000 kes,” katanya.
Saravanan berkata majikan juga perlu melakukan ujian saringan COVID-19 untuk pekerja asing selaras dengan Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (No.9) 2020 di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 yang berkuat kuasa pada 1 Jan 2021.
“Ini bagi membolehkan pengesanan awal pekerja asing yang positif COVID-19 dan seterusnya membendung penularan pandemik tersebut kepada rakan sekerja mereka yang lain,” kata Saravanan. — BERNAMA
New experience with Suara Sarawak App. Get now at Google Playstore and App Store.
Anda Mungkin
Terokai Lagi
Hubungi Kami
SV News Sdn. Bhd. (1307143-A)
Lot 14096 (SL 121) Section 65,
Kuching Town Land District,
14 D, Metrocity Commercial Precinct,
Jalan Matang, 93050 Kuching,
Sarawak, Malaysia
Tel: 082-647375, 082-649527,
082-510005
Fax: 082-513055
Emel: news@suarasarawak.my