Trending

Majlis Akikah dan kesyukuran

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

MAJLIS aqiqah atau akikah jarang ditulis dan direncanakan dalam akhbar.

Justeru, saya mengambil inisiatif ini untuk berkongsi pengalaman, apabila berkesempatan merakam majlis tersebut pada Mei 2023 lalu di Kampung Hilir Spaoh.

Akikah ialah penyembelihan haiwan ternakan yang dilakukan untuk anak yang baru lahir.

Sebagai tanda bersyukur kepada Allah. Perkataan akikah daripada kata al-Iqqah bererti rambut makhluk yang baru dilahirkan, baik manusia atau binatang.

TANDA KESYUKURAN

Akikah afdal dilakukan dalam tempoh seminggu selepas kelahiran.

Hukum akikah menurut yang paling tepat ialah sunat muakad, sebagaimana hadis Nabi SAW.

Bagi menghidupkan amalan serta ikutan umat Nabi Muhammad SAW tentang akikah ini, satu majlis akikah dan kesyukuran bagi cucunda Mohamad Fathi Mohamad Najib disumpurnakan oleh ahli keluarga dan jiran terdekat di Kampung Hilir Spaoh Saribas Betong pada 13 Mei lalu.

Majlis dimulakan dengan ketibaan jemputan kira-kira 8 pagi disusuli zikir marhaban oleh Kumpulan as-Shifa (lelaki) dan Kudratul Nada (perempuan) pada 8.30 pagi.

Kumpulan zikir marhaban diketuai oleh Mahdi Embai serta dibantu oleh Sani Ibrahim diikuti merinjis air mawar dan doa penangguhan pada majlis tersebut.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah imam masjid Darul Syifah di Spaoh Ibrahim Rejeli, Imam Surau Darul Iman Spaoh Abdul Gani Ali dan penduduk kampung.

Sebelum majlis bersurai, tetamu dihidangkan dengan jamuan makan tengah hari di kediaman Dayang Hariah Abang Dai serta keluarga.

Sesi fotografi keluarga, jiran dan tetamu juga dilakukan bagi memperingati majlis tersebut.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru