ARTIKEL

Belia menghadiri Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan MBM kali ke-72. | Foto ihsan X Ahmad Zahid Hamidi

Majlis Belia Malaysia agen perpaduan negara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap Majlis Belia Malaysia (MBM) akan terus menjadi agen perpaduan dalam membentuk pemikiran belia dan membantu kerajaan untuk mencapai lebih banyak kejayaan.

Beliau berkata, usia MBM yang kini telah mencecah 75 tahun sejak ditubuhkan menonjolkan kematangan dan pengalaman majlis itu, yang seharusnya dijadikan pedoman buat ia merangka Visi MBM 2048 yang lebih inklusif dan holistik.

“Semoga MBM dapat terus menjadi kilang melahirkan pemimpin negara, menongkah segala cabaran dengan kebersamaan, kecekalan dan kebijaksanaan serta kekallah menjadi sebuah majlis yang relevan dan berpengaruh dalam mengangkat suara belia,” katanya dalam hantaran yang dikongsi menerusi laman X.

Beliau turut menasihati barisan kepimpinan MBM yang diketuai Presidennya Izzat Afifi Abdul Hamid bahawa pendekatan dan cabaran yang dihadapi kini berubah-ubah mengikut peredaran zaman.

“Di atas bahu kalian (ialah) amanah untuk mencipta agenda yang jelas dan sesuai dengan kehendak generasi masa kini,” katanya.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah turut memaklumkan beliau tidak dapat hadir pada Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan MBM kali ke-72 semalam, justeru, ucapan perasmian penutup dibacakan oleh Setiausaha Politiknya Datuk Wira Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin. — BERNAMA

BERITA LAIN

Hari Wesak disambut meriah seluruh negara

KUALA LUMPUR: Hari Wesak disambut meriah di seluruh negara dengan ribuan penganut Buddha memenuhi tokong di negeri masing-masing sejak awal pagi ini. Di Kuala Lumpur,

Arab Saudi permudahkan urusan jemaah haji Malaysia

SEPANG: Pelaksanaan inisiatif Makkah Route untuk kali keenam membuktikan pengiktirafan antarabangsa dan keyakinan pihak Arab Saudi terhadap kecekapan pengurusan operasi haji yang dikendalikan oleh Lembaga

BERITA TERBARU