ARTIKEL

Majlis doa kesyukuran 60 tahun S’wak merdeka 21 Julai ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Unit Hal Ehwal Agama Lain (Unifor) mengadakan majlis doa kesyukuran sempena 60 tahun Sarawak Merdeka, 21 Julai ini.

Timbalan Menteri Utiliti dan Komunkasi Datuk Liwan Lagang berkata, majlis diadakan di hotel dan dirasmikan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Katanya, majlis bermula pada 9 pagi itu menghimpunkan enam perwakilan agama yang akan membacakan doa masing-masing.

Pada sidang media di pejabat Unifor di Wisma Satok, Liwan berkata, majlis dimulakan dengan bacaan doa dari Baha’i, diikuti Buddha, Hindu, Kristian, Sikh dan Tao.

Bacaan doa menfokuskan tema Kemakmuran, Keamanan, Kestabilan Politik, Perpaduan dan Inklusiviti Sosial memberkati Sarawak.

Majlis tersebut dijangka dihadiri 700 tetamu.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Hina Premier Sarawak, tiga Setiausaha lapor polis

KUCHING: Tiga Setiausaha kepada Premier Sarawak bertindak membuat laporan polis berhubung kes dipercayai menfitnah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh