ARTIKEL

Majlis Graduasi GiatMara Peringkat Negeri Sarawak 2023

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERAMAI 487 graduan diraikan sempena Majlis Graduasi GiatMara ke36 peringkat Negeri Sarawak 2023 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Penview Kuching (PCCK) pada Selasa. 

Difahamkan bagi 2022, seramai 1,158 pelatih berjaya menamatkan latihan dan menerima Sijil Profesional GiatMara di Sarawak dan 20 daripadanya ialah penerima Anugerah Eksekutif. 

Menurut Ahli Lembaga Pengarah GiatMara Rismahaslily Idris, GiatMara Sarawak kini mempunyai 30 cawangan dan impak yang dibawa kepada masyarakat setempat sangat besar dengan 25,124 pelatih yang berjaya menamatkan latihan dari 1992.

Ia sekali gus jelasnya, menjadikan program Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) melalui GiatMara terus menjadi pemangkin utama melahirkan tenaga kerja tempatan kompeten yang dikehendaki bagi keperluan semasa.

“Kita menawarkan program latihan kemahiran yang employability dan marketability dalam lebih 74 kursus dan Program di Sarawak.

“Bidang bermula daripada peringkat sijil profesional, lanjutan serta pengkhususan dirancang dan sentiasa diperkemas,” katanya dalam ucap tama pada Majlis Graduasi GiatMara 2023. 

Justeru, pada hari ini katanya amat perlu kita semua mengubah perspektif dan pemahaman kita terhadap bidang kemahiran atau lebih tepat disebut sebagai TVET.

“GiatMara kini menjangkau usia 37 tahun, semenjak itulah juga GiatMara beroperasi menabur bakti kepada Bumiputera di seluruh negara, terbukti kita semakin maju dan matang.

“Mungkin 20 tahun lalu, TVET dianggap sebagai kelas kedua berbanding aliran akademik dalam kalangan remaja dan belia di negara kita, tapi pada hari ini TVET sebenarnya diangkat nilainya menjadi aliran alternatif untuk melangkah maju ke hadapan,” katanya.

TVET BUKAN PILIHAN KEDUA

Oleh itu, beliau menyeru warga kemahiran dan teknikal terus berbangga dengan bidang yang dipilih dan terbukti di aras dunia bidang TVET bukan hanya menjadi pilihan kedua semata-mata.

Di samping itu, jelasnya TVET menjadi penggerak utama kepada kemajuan negara negara maju seperti Jerman, England, Jepun dan Korea. Ini membuktikan GiatMara komited menjayakan hasrat dan usaha Kerajaan memperkasa TVET seiring pendidikan arus perdana.

“Komitmen GiatMara dan pihak Industri adalah untuk kita terus melatih anak bangsa agar kita mencapai ap-apa yang dihasratkan oleh kerajaan dengan peningkatan pengeluaran tenaga mahir kompeten yang berpendapatan tinggi selari kehendak industri.

“Kursus jangka pendek seperti ini yang sejajar slogan GiatMara “Kemahiran Menjamin kehidupan” dapat kita lihat memberi lebih banyak peluang dan peningkatan pendapatan kepada belia terutama di kawasan luar bandar,” ujarnya. 

Tambah beliau, GiatMara membawa para graduan bersama satu perjalanan yang banyak pengalaman penuh cabaran.

“Ini semua adalah pengajaran, pengalaman kepada graduan yang boleh membantu ke arah memberi keyakinan kepada diri untuk lebih yakin berhadapan alam pekerjaan dan kerjaya masingmasing,” jelas beliau.

Dengan itu, beliau menyeru supaya pihak industri dan masyarakat Malaysia, terutama di Sarawak ini untuk terus menjadi rakan strategik bagi memantapkan lagi program GiatMara.

Menariknya, graduasi kali ini menyaksikan kemunculan graduan istimewa fi zikal rendah iaitu Nurzammiezatul Syafi qah Zamneri (Kursus Spa & Kecantikan GiatMara Petra Jaya) dan graduan berkerusi roda akibat kemalangan beberapa hari sebelum majlis graduasi iaitu Patrick Munan Richard Martin (Teknologi Penyejukbekuan & Penyaman Udara 1 Fasa). 

Biarpun mengalami kecederaan pada kaki hingga menyukarkan pergerakan, ia tidak sekalipun mematahkan semangat Patrick untuk hadir dan menerima sendiri penyampaian sijil profesional berkenaan. 

Masing-masing merupakan pelajar SKM Tahap 2 dan penerima sijil profesional GiatMara.

BERITA LAIN

Hayati falsafah korban

HARI ini 10 Zulhijah 1445 Hijrah, umat Islam menyambut Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji. Ia sangat sinonim dengan ibadah

Fadillah ucap Selamat Hari Bapa

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, hari ini mengucapkan Selamat Hari Bapa yang disambut hari ini kepada semua insan yang bergelar bapa.

Pelihara kepelbagaian warisan negara

PEREDARAN zaman yang semakin kompetitif ketika ini dilihat memberi kesan ketara ke arah terhakisnya khazanah budaya masyarakat majmuk di negara ini. Andai kata tiada inisiatif

Penting kerjasama kumpulan

PIHAK kaunselor pelatih Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengadakan program bina jati diri melibatkan 25 pelajar di Sekolah Menengah Al-Amin Kuching, Sabtu lalu. Inti pati

Lokasi wajib dikunjungi di Sibu

SIBU ialah salah sebuah bandar di Sarawak yang menarik dengan kepelbagaian budaya, warisan dan terkenal dengan sejarah masyarakat Cina. Banyak sejarah Sarawak berkait rapat dengan

BERITA TERBARU

PUSTAKA agih daging korban kepada 220 asnaf

KUCHING: Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) memperluaskan rezeki dengan mengagihkan daging korban sempena Program Ibadah Korban PUSAKA 2024 kepada 220 orang asnaf bertempat di