ARTIKEL

Majlis graduasi sekolah iktiraf kecemerlangan pelajar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TAHNIAH…Awla Dris (kanan) menyampaikan sijjl kepada salah seorang murid sekolah terbabit.

SIMUNJAN: Majlis graduasi yang sering dianjurkan di sekolah merupakan program khas bagi merai serta mengiktiraf pencapaian cemerlang murid-murid dalam bidang yang diceburi seperti kokurikulum, kepimpinan dan sahsiah diri .

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N25 Simunjan, Awla Dris menegaskan, kejayaan diperoleh pelajar sepanjang berada di bangku sekolah harus dihargai, justeru penganjuran majlis graduasi tersebut adalah langkah yang tepat.

Menurut Awla, kejayaan yang diperoleh anak-anak kita hasil usaha warga pendidik yang begitu komited dalam melahirkan modal insan berkualiti.

“Penggemblengan tenaga para guru dan ibu bapa amat penting dan merupakan tunjang dalam memacu kecemerlangan akademik anak-anak,” ujar Awla.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Khatam Al-Quran dan Anugerah Pelajar Cemerlang Sesi 2022/2023 Sekolah Kebangsaan (SK) Haji Bujang Rangawan Putin, Sadong Jaya semalam.

Terdahulu, beliau turut mengucapkan tahniah dan syabas kepada ibu bapa dan tenaga pengajar yang telah menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap tugas serta amanah yang diberikan bagi memastikan transformasi pendidikan modal insan di kawasn DUN Simunjan berjalan lancar dan memenuhi aspirasi negara dalam memastikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2023-2025 dilaksanakan dengan jayanya.

Awla turut menyeru pihak sekolah untuk terus berusaha bagi meningkatkan pencapaian akademik anak-anak di kawasan terbabit ke tahap yang lebih baik, cemerlang merangkumi pelbagai peringkat.

“Saya berharap semua guru di sekolah ini dapat meneruskan usaha mendidik anak bangsa tanpa jemu dan penuh dedikasi agar dapat melahirkan generasi yang mempunyai minda kelas pertama,” tambah Awla.

 

BERITA LAIN

PUSTAKA agih daging korban kepada 220 asnaf

KUCHING: Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) memperluaskan rezeki dengan mengagihkan daging korban sempena Program Ibadah Korban PUSAKA 2024 kepada 220 orang asnaf bertempat di

BERITA TERBARU

PUSTAKA agih daging korban kepada 220 asnaf

KUCHING: Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) memperluaskan rezeki dengan mengagihkan daging korban sempena Program Ibadah Korban PUSAKA 2024 kepada 220 orang asnaf bertempat di