ARTIKEL

Majlis Keselamatan PBB terima resolusi gencatan senjata Gaza untuk Ramadan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

WASHINGTON: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin menerima resolusi meminta pelaksanaan gencatan senjata segera di Semenanjung Gaza untuk Ramadan.

Sebanyak 14 negara mengundi menyokong resolusi itu, yang dibentangkan oleh 10 ahli majlis berkenaan yang dipilih, sementara Amerika Syarikat berkecuali daripada mengundi, lapor Agensi Anadolu.

Resolusi itu menggesa supaya gencatan senjata segera dilaksanakan sepanjang Ramadan, dihormati oleh semua pihak sambil menyasarkan gencatan senjata yang dapat bertahan lama.

Ia juga meminta supaya pembebasan segera tanpa syarat semua tawanan, dan memastikan akses untuk mereka mendapatkan keperluan kemanusiaan dan perubatan.

Resolusi itu mensyaratkan pihak berkenaan supaya mematuhi kewajipan mereka di bawah undang-undang antarabangsa terhadap individu yang mereka tawan.

Ia  juga menekankan keperluan segera kedua-dua aspek iaitu meluaskan aliran masuk bantuan kemanusiaan di seluruh Semenanjung Gaza dan memperkukuh perlindungan kepada orang awam.
Resolusi itu turut mengulangi permintaan supaya segala halangan kepada penyediaan bantuan kemanusiaan di seluruh Semenanjung Gaza pada skala besar dimansuhkan dengan segera, menurut undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan resolusi Majlis Keselamatan.

Baca lain  Karachi bandar raya paling tercemar di dunia

– Bernama-Anadolu

BERITA LAIN

BERITA TERBARU